Kata Aluan...

senyumlah...

senyumlah...

Saturday, December 19, 2009

RAYUAN HAMBA

Ku rebahkan keakuan yang terpaksi
Meredakan kekalutan dalam diri
Tuhan ganjarkan upaya
Untukku menyusuri jalanMu
Agar tak tersasar haluan kiblatku
Oh Tuhan

Ku dambakan kasihMu
Rahmatilah hidupKu
Hamparkan cintaMu buatku
Oh Tuhan

Ku rindukan sayangMu
Redhailah diriku
Di situ letaknya syurgaku
Oh Tuhan

Hanya Dikau tempatku mengadu
Dengarkanlah sendu rayuku
Tiada aku tanpaMu
Oh Tuhan
Berkati hidupku di dunia dan akhirat

Siapalah diriku
Di hadapan kudratMu
Insan yang tidak berdaya
Oh Tuhan

Ku pohonkan dari Mu
Perkenankan doaku
Ampunilah dosa hambaMu
Oh Tuhan
Hingga sampai waktuku berundur

Kesaksian tetap di junjung
Hidup mati kernaMu
Oh Tuhan
Limpahan Maghfirah yang amat ku harapkan…

Lirik Kumpulan FIRDAUS

Saturday, December 12, 2009

Maal Hijrah


Lebih kurang seminggu lagi umat islam di seluruh pelusuk dunia akan menyambut ketibaan Awal Muharram atau Maal Hijrah.Sejarah Islam telah terbukti melalui peristiwa penghijrahan junjungan Mulia Nabi Muhammad s.a.w dari Kota Makkah ke Kota Madinah pada tahun 622 masihi berlaku pada 1 Muharam dan merupakan permulaan bagi Takwim Hijrah.

Sebagai pelajar kita haruslah mencontohi baginda Rasulullah s.a.w menjadi ikon atau ikutan dalam kehidupan seharian.Pelbagai peristiwa penting yang berlaku dalam penghijrahan Nabi s.a.w.

Syariat Islam menyatakan bahawa sistem kalendar Islam adalah berdasarkan kalendar Hijriyah. Ini berdasarkan firman Allah s.w.t. yang termaktub dalam surat at-Taubah ayat 36 yang bermaksud :

Sesungguhnya bilangan bulan di sisi (hukum) Allah ialah 12 bulan (yang telah ditetapkan) dalam kitab Allah semasa Dia menciptakan langit dan bumi, di antaranya empat bulan yang dihormati. Ketetapan yang demikian itu ialah agama yang betul lurus, maka janganlah bulan yang dihormati itu (dengan melanggar larangan-Nya).

Dan perangilah kaum kafir musyrik seluruhnya sebagaimana mereka memerangi kamu seluruhnya. Dan ketahuilah sesungguhnya Allah beserta orang-orang yang bertakwa.
Firman Allah tersebut dijelaskan oleh sabda Rasulullah s.a.w. yang diriwayatkan oleh Imam al-Bukhari daripada Abu Bakrah yang bermaksud :

Waktu telah kembali kepada keadaannya semula pada saat Allah s.w.t. menciptakan langit dan bumi. (Satu) tahun itu ada dua belas bulan, di antaranya ada empat bulan yang dihormati , tiga bulan berturut-turut iaitu Zulkaedah, Zulhijah, dan Muharam, satu lagi Rejab berada antara bulan Jamadilakhir dan Syaaban. (Riwayat Bukhari).

Oleh yang demikian, tidak hairanlah apabila Khalifah Umar al-Khattab menetapkan peristiwa hijrahnya Nabi Muhammad s.a.w. dengan sahabat-sahabatnya dari kota Mekah ke Madinah sejauh kira-kira 450 km itu sebagai tahun pertama dalam Islam yang dinamakan dengan tahun Hijriyah.

Justeru perlulah kita mengambil iktibar darinya.Bersempena dengan ketibaan hari tersebut, kita perlulah menyambutnya dengan pelbagai aktiviti yang berbentuk kerohanian.Ini salah satu daripada jalan dakwah untuk mengubah sikap kita yang materialistik, dosa dan maksiat, serta hilangnya ukhuwwah antara mukmin perlulah diperbaiki.Hijrah dari segi sikap yang negatif kepada positif atau erti kata lain dari dosa kepada pahala adalah amat wajar sekali.Dewasa ini pelbagai jenayah dan bencana alam telah menimpa masyarakat dunia, hal ini perlulah ada kesedaran bagi umat Islam khasnya kerana menandakan kemurkaan Allah terhadap hambanya yang lupa kepada penciptanya(Allah s.w.t).

Sejajar dengan hasrat ini juga sambutan Maal Hijrah di surau-surau, masjid atau tempat ilmu perlu di imarahkan agar kita mendapat ganjaran daripada Allah s.w.t. Kita perlulah menjadi mukmin yang senantiasa dikasihi Allah dengan menegakkan Syiar Islam.InsyaAllah sama-samalah kita menanam azam yang baru dalam minda & hati masing-masing.Kesempatan ini juga ingin saya mengucapkan salam Maal Hijrah buat umat Islam khususnya di Malaysia..Barakallahu Fikum..


Sunday, October 25, 2009

Musim Final ExaM...

Selamat Menghadapi peperiksaan akhir semester buat rakan-rakan di seluruh IPT.Semoga memperolehi kejayaan yang cemerlang untuk semester ini..selamat berjihad dalam final exam buat sahabat-sahabatku..InsyaAllah kejayaan bersama kita..

Tuesday, September 29, 2009

10 Seruan Bumi kepada Manusia

Wahai manusia , engkau berlari-lari di atas belakangku , tempat kembalimu adalah di dalam perutku.

Engkau melakukan maksiat di atas belakangku , engkau akan disiksa di dalam perutku.

Engkau ketawa di atas belakangku , engkau akan menangis di dalam perutku.

Engkau gembira di atas belakangku , engkau akan bersedih di dalam perutku.

Engkau mengumpul harta di atas belakangku , engkau akan menyesal di dalam perutku.

Engkau memakan yang haram di atas belakangku , engkau akan di makan ulat-ulat di dalam perutku.

Engkau sombong di atas belakangku , engkau akan menjadi hina di dalam perutku.

Engkau berjalan dalam keadaan sukacita di atas belakangku , engkau akan jatuh di dalam perutku dalam keadaan dukacita.

Engkau berjalan dalam cahaya yang terang di atas belakangku , engkau akan jatuh ke tempat yang gelap di dalam perutku.

Engkau berjalan di khalayak ramai di atas belakangku , engkau akan menjadi sendirian di dalam perutku.

-Anas bin Malik-

Hari Raya ku….

Baru sahaja Ramadhan pergi meninggalkan kita.Syawal pula muncul tiba dengan penuh kemuliaan.Beruntunglah bagi sesiapa dapat melakukan ibadah di dalam bulan ramadhan ini.Allah menjanjikan satu malam (lailatul qadar) yang tak di ketahui bilakah masa penurunannya.SubhanAllah betapa besarnya nikmat kurniaan ilahi.Apakah kita tergolong dalam golongan ini ? InsyaAllah mudah-mudahan kita salah seorang daripadanya.Kita juga harus ingat bahawa ibadah bukan dilakukan bermusim, sebab itulah kita diwajibkan beribadah setiap masa tanpa mengikut bulan dan waktu.Allah akan menilai setiap amalan yg kita lakukan tanpa dibataskan musimnya.

Seperti biasa raya dirumah aku senantiasa ceria dengan riuh rendah anak-anak sedara, jiran tetangga , adik-beradik dan rakan-rakan lama.Daripada raya pertama sehinggalah raya keempat masih ada lagi adik beradik datang mengunjung.Penat sungguh rasanya tapi inilah yang dikatakan amalan ziarah menziarahi yg masih diamalkan oleh sesetengah masyarakat khususnya di kampung-kampung.Masa camnilah nak jumpa kawan-kawan.Kesempatan yg ada juga aku gunakan untuk beraya di rumah guru-guruku yg mana banyak menaburkan bakti semasa dibangku sekolah.Aku harap amalan begini diteruskan oleh generasi sekarang agak tak tenggelam dek zaman.Maklumlah aku pun akan melaluinya Dua tahun lagi..I.Allah..

Suasana hari raya bertambah meriah sekiranya semua keluarga berkumpul, gelak ketawa akan riuh kedengaran tanda lama tidak berjumpa ditambah pula dengan gelagat anak-anak.Aku turut merasainya dengan ziarah-menziarahi rakan taulan dan sanak saudara.Cuti seminggu aku aplikasikan dengan sebaik yg mungkin.heee..tapi assignment pula menanti untuk disiapkan.. Inilah kewajipan sebagai seorang pelajar IPT, kerja mesti dibereskan juga. Banyak lagi rasanya hendak dikongsi tapi cukupla sekadar ini dulu.Selamat hari raya Aidilfitri maaf zahir batin buat rakan-rakan terutama yang berada di perantauan..

Thursday, September 17, 2009

SalaM keMaafaN di Aidilfitri...

SelaMat haRi Raya maaf zahir & Batin buat sahabat-sahabat,teman-teman,guru-guru serta sanak saudara...kemaafan di pinta ats salah silap @ tersalah tutur bicara.Semoga syawal ini mengeratkan kembali hubungan satu sama lain.

Sunday, September 13, 2009

7 Langkah KejayaaN dalam aspek KehidupaN


1) Mengenali Keyakinan diri

2) Taqwa

3) Melonjakkan Ilmu ( pembelajaran secara berterusan)

4) Hidup bermatlamat dan berwawasan

5) Amanah

6) Berfikiran Positif

7) Buat Baik dengan Manusia



Hasil daripada program Ulu langat..

Thursday, September 10, 2009

Peranan Media Massa...

Salah satu sumber maklumat pada masa kini adalah datangnya dari media.Apabila kita bercakap soal media,tentunya akan terdetik di fikiran kita berkenaan dengan media adalah penyampai berita terkini tentang isu-isu tempatan dan global.Hah..bukan main besar pengaruhnya kepada pembaca.Rakyat atau golongan yang inginkan info tentangnya pasti akan menggunakan saluran yang lebih pantas.Contohnya internet,televisyen,radio dan sebagainya.

Melalui pembacaan,tontonan dan pendengaran kita akan memperolehi pelbagai input.Namun sebelum tu kita juga kena pastikan berita yang disebarkan itu adakah benar atau hanya rekaan pihak-pihak tertentu saja.Kadang-kadang ada pihak yang inginkan publisiti semata-mata tanpa menghiraukan pihak yang dituduh.Ini adalah satu tipu daya yang akhirnya akan mengakibatkan pergaduhan sesama sendiri.

Sebagai golongan intelektual kita haruslah mempastikan segala berita yang disebarkan adalah betul tanpa menerima secara bulat-bulat.Agama juga ada berpesan bahawa berita yang diterima yang belum tahu kesahihannya perlulah di selidik terlebih dahulu tentang kebenarannya.Perkara ini penting bagi mengelakkan daripada tersebarnya fitnah dan kemarahan sesuatu pihak.Golongan ini perlulah memperbetulkan situasi tersebut.

Resolusinya, sebagai medium yang utama, media haruslah berperanan sebagai penyebar atau saluran yang lebih sahih kebenarannya agar tidak timbul pertelingkahan antara 2 belah pihak..

Azizai Bakeri USIM,Nilai Negeri Sembilan..

Wednesday, September 2, 2009

Ahlan ramadhan..

Salam.ramdhan karim...lama dah ak x update blog ni.Pejam celik2 dah 12 hari kita b'puasa rupanya.Cuba kita muhasabah diri kita,adakah ramadhan kali ni lebih baik daripada tahun2 yg lepas.Bagaiman a pula dgn amalan kamu di bulan ramdhan mungkin bertambah atau b'kurang.Persoalan ini kita ja yg mengetahuinya..haaa..camna sudahkah anda b'tanya kpd diri dan iman anda.Apa jawapanya..Sementara nafas masih b'fungsi, kesempatan yg kita ada ini kita gunakanlah dgn sebaiknya.Abdikanla diri kita kpd ilahi,Dialah pemilik kpd setiap hambaNya..Bersempena dgn bulan ramadhan ini juga ana ingin menasihati diri ana dulu agar kta tidak lalai dgn nikmat yg diberikan t'sbt..Alangkah baiknya jika digunakan ke jalan yg betul..salam ramdhan al-mubarak..ila huna shukran...

Wednesday, August 12, 2009

Cuti pertengahan semester...

Percutian merupakan salah satu cara untuk kita menghilangkan stress, esok bermulalah cuti pertengahan semester aku .Setelah sebulan lebih kuliah bermula, semasa itu jugala aku tak berhubung dengan sanak saudara oleh kerana sibuk dengan kerja dunia..Tapi kerja yg berfaedahla.InsyaAllah aku akan manfaat sebaik yang mungkin memandangkan sudah lama aku tak bertandang ke rumah sanak saudaraku.



Time macam ni lah juga keluarga dapat berkumpul dan borak-borak..biasala bila lagi kan.Belajar-belajar juga sanak saudara pun perlu diziarah..tak gitu..alaa..macam la baik sangat.heee... kesempatan ruang yang ada ini juga aku ingin mengucapkan selamat bercuti kepada mahasiswa/i USIM dan sewaktu dengannya..tak lupa juga selamat berpuasa di bulan ramadhan..jadikan bulan yg mulia ini peluang untuk menambahkan amalan kebajikan..selamat pulang ke kampung, yg tak berkesempatan balik kampung janganlah bersedih..heeee...cuti ada lagi.huuuu...see u again...

Friday, August 7, 2009

H1N1 satu malapetaka..


Di saat kita gembira ada yang bersedih, hal ini telah memberi impak yang negatif terhadap penduduk dunia.Mana taknya manusia sekarang seolah-olah seperti dalam ketakutan untuk berhadapan wabak ini(H1N1/selsema babi).Sekali kena boleh membawa maut..nauzubillahi min zalik.Tapi kita mesti ingat segala ujian ataupun bencana(malapetaka) semuanya datang daripada Allah S.W.T.Ramai penduduk Malaysia yang maut akibat daripada wabak tersebut.

Cuba kita fikir sedalam-dalamnya,sebagai seorang Islam kita mesti terima hakikat tersebut.Ini merupakan ujian yang paling besar ke atas manusia.Wabak ini merupakan salah satu balasan terhadap manusia yang mana banyak melakukan dosa dan maksiat.Apabila kita melihat keadaan sekililing , banyak sekali gejala-gejala yang tidak sihat seperti kes pembuangan bayi dalam kalangan remaja begitu menjadi-jadi.Keadaan politik dunia seperti berlakunya penindasan terhadap orang islam dan banyak lagi faktor yang memungkinkan terjadinya malapetaka tersebut.

Apakah tindakan kita sebagai umat islam, hanya berdiam diri..tidak ini bukan caranya.Justeru umat islam perlulah waspada dengan erti kata lain tingkatkanlah amalan, taat akan perintah Allah jauhi maksiat, bersatu antara satu sama lain.Amar makruf nahi mungkar itu yang terbaik..
Bala tidak mengenal orang jahat mahupun orang alim, ianya akan tertimpa atas sesiapa sahaja yang engkar akan perintahNya.

Faktor kesihatan perlulah di ambil berat, kebersihan anggota badan, sekitar rumah & kawasan-kawasan pembangunan perlulah di kawal..Mungkin kelalaian manusia akan membawa padah.
Ingatlah bahawa segala malapetaka berpunca daripada tangan-tangan manusia itu sendiri.Wahai manusia insaf-insaflah, janganlah melakukan kerosakan di muka bumi ini...Sekiranya ada symptom-symptom demam seperti ini segeralah berjumpa doktor..

Sunday, July 26, 2009

Amalan-amalan bulan sya'ban...

Keistimewaan bulan ini bahawa amalan seluruh manusia diangkat untuk dihadapkan kepada Allah Subhanahu wa Ta‘ala, maka sewajarnyalah sepanjang bulan ini diisikan dengan amal ibadah dan kebajikan. Maka antara amalan yang digalakkan pada bulan Sya‘ban adalah:

1. Memperbanyak puasa sunat.

Bahawa Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam lebih gemar berpuasa sunat dalam bulan Sya‘ban berbanding dengan bulan-bulan yang lain.

2. Bertaubat dan beristighfar

Taubat ialah pembersihan rohani kerana taubat itu menjadi tuntutan dalam agama supaya setiap diri individu yang sememangnya tidak ma‘shum ini melakukan taubat pada setiap masa dan ketika. Tegasnya hukum taubat itu adalah wajib dari segi syara‘. Walau bagaimanapun sebenar-benar taubat itu ialah yang dikatakan taubat nasuha.

Taubat nasuha tidak akan tercapai tanpa mendatangkan terlebih dahulu syarat-syarat yang ditentukan. Umpamanya jika dosa itu antara hamba dengan Tuhan:

1. Hendaklah dia meninggalkan dosa atau maksiat itu.

2. Hendaklah dia benar-benar menyesali dan merasa dukacita atas perbuatan maksiatnya itu.

3. Hendaklah dia berjanji dan berazam untuk tidak akan kembali mengulangi melakukannya.

Manakala jika dosa itu bersangkut paut dengan hak orang lain, maka selain syarat-syarat sebagaimana yang disebutkan di atas, ditambah lagi satu syarat iaitu hendaklah membersihkan dirinya daripada hak orang itu atau orang yang melakukan dosa itu memohon maaf kepada orang berkenaan.

Selain daripada itu, peranan taubat itu sendiri tidak terhenti setakat membersihkan diri daripada segala dosa dan maksiat. Lebih daripada itu ia juga merupakan suatu cara untuk kita sentiasa berlindung diri kepada Allah subhanahu wa Ta‘ala memohon keberkatan ketika kita memulakan dan membuat sesuatu pekerjaan yang berfaedah dan mengharapkan kurnia, taufiq serta diselamatkan daripada ditimpa musibah, kesusahan, kesulitan dan sebagainya.

Adapun istighfar itu pula ialah pernyataan memohon ampun kepada Allah daripada semua dosa. Lafaz istighfar itu di antaranya ialah bererti: “Aku memohon ampun kepada Allah yang Maha Agung”.

3. Memperbanyak zikir dan berdoa

Zikir ialah ucapan yang dilakukan dengan lidah atau mengingati Allah dengan hati, dengan ucapan atau ingatan yang mempersucikan Allah dan membersihkanNya dari sifat-sifat yang tidak layak untukNya.

Terdapat banyak ayat al-Qur'an dan hadis yang memerintahkan agar manusia mengambil berat tentang zikir. Banyak faedah yang diperolehi hasil daripada berzikir. Antaranya ialah:

i. Menenangkan hati:

Ini bersesuaian dengan janji Allah Subhanahu wa Ta‘ala bahawa orang-orang yang beriman itu tenang hati mereka dengan zikrullah. Ini kerana berzikir (mengingati Allah) itu mententeramkan hati manusia.

ii. Kawalan Diri dan Perlindungan Malaikat:

Seseorang itu merasa terkawal kerana Allah sentiasa menyertainya di mana sahaja dia berada. Akibatnya paling minima dia takut hendak berbuat maksiat dan bersedia pula untuk melakukan ketaatan.

Bahkan dia juga mendapat kawalan sepenuhnya daripada malaikat. Bagi orang yang sekadar duduk di majlis zikir sekalipun tidak bersama berzikir akan mendapat juga rahmat Allah dan kawalan malaikat.

iii. Terpelihara Daripada Godaan dan Pujukan Syaitan.

iv. Meningkatkan Rasa Kecintaan Kepada Allah:

Untuk meningkatkan kecintaan kepada Allah, mestilah memahami dan menghayati bacaan tasbih, doa dan istighfar yang diucapkan itu.

Sumber : Google

Sunday, July 19, 2009

Kursus Kemahiran Insaniah Pendidik (KIP) di Pulau Pangkor...


Hari Pertama…

Kami bertolak pukul 9.20 pagi dari USIM menuju ke destinasi.Kami tiba di jeti lumut pada pukul 4.30 petang, dari situ kami menaiki feri untuk terus ke jeti pangkor dengan mengambil masa lebih kurang 10 minit.setibanya di jeti Pangkor kami menaiki bas mini menuju ke Pulau Pangkor dalam keadaan bersesak-sesak.fuhh…best macam naik roller coster plak disebabkan jalan kat situ banyak bengkang – bengkok.Perjalanan dari situ mengambil masa lebih kurang 15 minit.Rombongan kami disertai 4 orang guru pengiring dan 2 orang staff USR.

Dirikan khemah

Apabila kami sampai sahaja di situ fasilitator menyuruh pasang khemah di sekitar kawasan berhampiran laut.Kemudian kami di bawa oleh fasilitator ke laut untuk di ajar cara bagaimana untuk menyelamatkan mangsa lemas..hmm…lebih kepada pendedahan keselamatan semasa di laut camtu..Encik Zakaria mengajar kami cara bagaimana untuk berenang.tapi memang ok la sebab dibekalkan life jacket kalo tak pakai lemasla bagi siapa yang tak pandai berenang.heee…Fasilitator kedua kami iaitu Abang bai turut berkongsi pengalaman tentang Water confidence dan asas menyelamat.Waktu senja pun tiba dan kami solat berjemaah bersama-sama serta dihidangkan sedikit makanan rohani oleh Dr Azizi tentang Iman dan Taqwa Seorang guru.

LDK 1 (dinamika Kumpulan)

Keletihan petang tadi belum hilang, kami diagihkan kepada kumpulan masing-masing.Ustaz Shamsulhakim selaku ketua Fasilitator mengedalikan slot ice breaking, Teruk juga kami dikerjakan sebabnya setiap seseorang dikehendaki mengingat nama satu sama lain.fuhh…ramai pulak tu nak kena ingat.mana taknya seramai enam puluh orang lebih gitu tapi selepas tu kami dapat la juga ingat nama-nama peserta kursus tersebut.Nasib baik abang dan kakak-kakak DPLI sempoi ja, maklumlah banyak yang dah kahwin.Boleh kata separuhla juga.huhuuu…Slot tersebut habis dalam pukul 2.00 pagi dan tibala saat-saat yang dinantikan iaitu waktu tidur tapi aku,faizal,faris dan hadi kena berjaga untuk pastikan keselamatan para peserta.Selepas habis giliran kami berjaga khemah sebelah kami pula yang berjaga.Lebih kurang 40 minit kami tidur tiba-tiba kami terdengar jeritan daripada luar khemah,Taufan..taufan.., aku dan kawan cabut keluar untuk mencari tempat berteduh disebabkan hujan turun dengan lebatnya.Rupa-rupanya kami orang terakhir keluar dari khemah sementara kawan2 lain dah berada di tempat kami makan.heeee..teringat masa perkhemahan kadet bomba waktu form 6 dulu.macam tu la jadinya..Ini merupakan kali yang kedua bagi diriku..kami semua tidur dekat kerusi sementara menunggu hujan berhenti.Malangnya khemah budak-budak laki hampir terbang ditiup angin yang kuat.Habis basah baju dan bermandikan air hujan.huhu..hanya tuhan sahaja tahu waktu tu.sejuk tak terkata..Hujan mula reda setelah masuknya waktu subuh.

Hari kedua…

Seperti biasa kami akan solat subuh berjemaah dan sedikit tazkirah oleh abang Husni Zaim.Selesai sahaja solat subuh kami bergerak ke tempat lapang untuk aktiviti Malaysia cergas dan sarapan pagi..Pada pukul 8.00 pagi kami di ajar cara bagaimana untuk berkayak oleh En. Sulaiman selaku staf sukan Usim..Dia menceritakan tentang kayak tersebut.Banyak yang aku pelajari dari situ..Alhamdulillah..ilmu tu..Manakala kawan2 kami yang lain di ajar trekking oleh abang Bai.Rupa-rupanya bakat ku dalam berkayak ada, Cuma kita tak kenalpasti sebelum ni,huuiii..tak sabar nak berkayak keliling Pulau..Kami diajar untuk rafting dan sebagainya.Kami mula berkayak ketengah laut , jauhtu manakala kedalaman air laut tu pula mencecah 100 meter cuba bayangkan.fuhhh… Ada yang mabuk laut, biasalatu orang tak biasa mujurla aku tak..Kami berjaya mengelilingi Pulau Giam.Sampai ja kat pulau tu kami semua berehat sebentar sebelum balik ke tempat asal.Seronok terpancar di wajahku dan kawan2.Namun ada juga yang panik..heee

LDK 2(Oh! Guruku & Aku Seorang Guru..)

Aktiviti atau slot yang dikendalikan oleh ustaz shamsul lebih kepada tanggungjawab seorang guru dan bagaimana menjadi seorang guru..Banyak yang aku pelajari daripada slot tersebut..Boleh katakan aktiviti yang kami lakukan berkaitan tentang kerjaya seorang guru serta cabarannya.Kami didedahkan dengan pelbagai kemahiran dan strategi menjadi seorang guru yang berguna kepada murid2 kelak.Sebelum tidur macam biasa Fc akan berkumpul untuk slot refleksi iaitu apa yang kamu dapat atau pelajari hari ni..Seramai 10 orang akan menjadi sukarela untuk berkongsi pengalaman..haaaa..aku pun mencelah jugak untuk berkongsi..Malam itu juga kami tidur pukul 2.00 pagi macam biasa ada giliran untuk berjaga, maklum sajala tempat tu ada babi hutan dan kera yang turut melompat sana-sini..Tapi keesokan harilah yang paling aku tak sabar..Kenapa? Ya la aktiviti snorkling.heee..boleh bagi makan ikan lagi tu.Memang bestla oooo….

Hari Ketiga

Kami melaksanakan tuntutan islam dengan solat subuh berjemaah yang mana amat sukar untuk dilaksanakan di rumah..Tapi Alhamdulillah program ni memudahkan kami untuk bangun berjemaah..heeee…kuliah subuh disampaikan oleh saudara Afiq Zahari budak Dpli junior..Selesai sahaja tazkirah subuh seperti biasa kami akan terlibat denganSukaneka.Acara yang diadakan itu amat menarik dengan kumpulan kami menjadi juara 2 kali.heee..nak jugak haaa..Kemudian kami mengikuti aktiviti kembara ke hutan simpan.Di situ kami diberi soalan untuk dijawab berdasarkan apa yang kami temui semasa dalam perjalanan.Kumpulan kami ditugaskan berjumpa dengan penduduk di situ sambil borak-borak tentang kaum apa yang tinggal kat situ dan adat istiadat yang diamalkan..seronok bersembang dengan mak cik – mak cik di situ, tiba-tiba wisel berbunyi tanda untuk meneruskan perjalanan ke kem kami.Semasa dalam perjalanan kami mengusik-ngusik kawan2 bagi menghilangkan boring dan keletihan.heeeee…boleh tahan zizai pandai ka mengusik..x caya cubala..syok habis…Sampai saja di kem fasilitator membuat sedikit refleksi..huuu..refleksi lagi..Saat yang dinantikan pun tiba iaitu waktu makan tengahari.Perut pun dah berbunyi, apa lagi cepat2 la p makan..heee..

Snorkling…

Sekarang tibala saat-saat yang paling dinantikan iaitu aktiviti laut snorkling.Wajah yang ceria terpancar di muka masing-masing.Disana kami dibekalkan dengan peralatan untuk snorkling dan sedikit roti untuk diberi makan kepada ikan.SubhanAllah sungguh indah ciptaan Allah, ikan-ikan ada yang berwarna hitam,kuning dan berwana seperti pelangi.Bila nampak ja roti terus datang ke arah kami sambil berebut-rebut untuk makan.Rasa macam tak percaya tapi itulah hakikatnya.Best ooooo..Inilah aktiviti yang kami suka sehinggakan ada yang tak nak balik.Tak kurang ja dugong yang berada di atas batu.heee..faham2 ja la..tapi aku tak ambik kesempatan..

LDK 3 (Aduhai ! Obor bangsa)

Sedar tak sedar kami berada di LDK yang terakhir, di sini kami semua akur tentang cabaran seorang guru apabila berada di sekolah nanti.Kelihatan semuanya bersemangat untuk meneruskan kerjaya sebagai seorang Guru..Jangan semangat sahaja tanpa berbuat sesuatu.INGAT “ orang yang Berjaya bukan hanya pandai berkata-kata tetapi kotakan apa yang di katakan” Selepas makan malam dan solat maghrib tibala masa untuk persembahan.Time ni macam-macam gelagat ustaz & ustazah pamerkan.Yang bestnya bahasa loghat pun keluar terutama Kedah & Kelantan.Tak tahan dengan gelagat yang dipamerkan tersebut.Kumpulan kami tak terlepas dari melakukan persembahan.Kami melakonkan watak seorang Doktor yang mengimbau waktu persekolahan dahulu.Nakal habisss..Keesokan hari adalah hari terakhir kami di sini terasa macam semalam baru tiba.Mana taknya berbagai kenagan manis yang kami dapat & tak kurang juga dengan kenangan pahit..hmmmm…Aku rasa program ni telah merubah diriku dengan menjadi lebih yakin dalam melakukan sesuatu.Aku harap apa yang aku dapat boleh diaplikasi sewaktu aku belajar dan digunakan semasa aku menjadi Guru nanti.InsyaAllah….heee..see u again..

Thursday, July 9, 2009

SeMangat baRu...



Semester 4 merupakan semester baru bagi pelajar-pelajar pendidikan tahun 2..Seiring dengan itu juga menjadi kepastian bagi tiap-tiap pelajar iaitu pasti menanam azam yang baru.bagaimana dengan Anda?Apa azam kamu.. Bagi aku pula, sudah menjadi kepastian untuk memperbaiki segala kelemahan ku di semester yang lepas.

Banyak yang perlu aku belajar terutama dari segi penguasaan bahasa.Fuhh...biasala tu manusia akan belajar daripada kesilapan.
Silap sekali x bermakna silap selamanya.itulah Sunnatullah..

Sem ni pula madah aku semuanya 3 jam kredit kecuali halaqah..kena struggle gila la..hee..betul ka tu..Jgn cakap ja buatnya tak!!!Jangan jadikannya sebagai alasan..manusia mudah kan mencari alasan(aku la2), heee..ok apa pun kejayaan tidak akan datang tanpa usaha yang gigih..ingatla Allah tu Maha Adil.


Jadikannya sebagai perubahan yang positif, ilmu bukan hanya terletak pada kertas peperiksaan tetapi ilmu ni lah nak kita bawa sampai akhirat kelak..pesanan daripada Ustaz2..

Tuesday, July 7, 2009

kiriman BAru..


Salam...Hari ni merupakan hari terakhir aku tinggal di rumah PT 5859 desa anggerik..keesokannya aku akan berhijrah ke rumah baru ku pt 5287 desa anggerik juga, tapi rumah tu berhampiran dengan pagar Usim.

Namun begitu jauh juga untuk ku kampus.kenapa? hmmm...sebabnya x da short cut la kat situ...huhu..
Nak tahu tak pasal rumah baru kami..heee..kami tinggal berlima di sana..aku,wan,mat,sayed dan akmal selaku bos kami(otai)..Fuh terkejut kawanku daripada FST tentang rumah baru kami..

Rumah tu lengkap dengan perabot..2 set kusyen, peti ais,meja makan dan katil siap sorang satu beb..haaa..Tapi sewanya bleh tahan mahalnya.RM 480.00 sebulan,kira ok la sekiranya ada tambahan 2 orang lagii..save budget kan.


Aku sedih juga la dah x boleh update blogku ni hari-hari..kesian rayuan hamba..kat sana xdak internet..hhuuhuu..nAmun Allah la tempatku merayu dan memohon doa serta keampunan..kemungkinan blog ni akan bersarang dan dipenuhi sawang..hah...aku x kan biarkan juga bersawang.Itu semua bukan alasan..AKU mohon maaf atas salah silapku..apa sALahku nak minta maaf..heee..btul juga..ok k ko?

Hampirku terlupa minggu depan aku akan ke pulau pangkor atas urusan seorang guru.Kami batch pertama adalah orang pertama akan mengikuti kem Bina Insan Guru(BIG).Tapi sedih juga beberapa orang je dipilih untuk yang pertama ni.. Lepas tu baki akan pergi dengan junior..InsyaAllah selama 4 hari aku disana..X sabaq dah..heeee..tp..tp..C fest 7 ku masih blum beres..Harap2 kawanku boleh follow up..shukran jazilan..

Akhir kata terima kasih atas sokongan anda..TEruskan bermujahadah melalui penulisan atau cara anda sendiri..Ingat metod dakwah pelbagai bukan satu.. Salam perjuangan daripadaku..ila liqa' wa maasalamah..

Sunday, July 5, 2009

SeLaMat DataNg SeM BAru...


SaLaM...Selamat datang kepada mahasiswa-mahasiswi USIM ke semester baru tahun 2009/2010.Semoga sem ni lebih baik daripada sem-sem yang lepas..Salam perjuangan..

JoM mEreMpit ???!!!!...






Wahai mat-mat rempit kenapala kamu semua suka membuat kaco di muka bumi ni..monolog seorang bilal.ANda?Rempit jugak..jgn.jgn kenapa jangan?Rempit ke mana dan dengan cara yang bagaimana..kadang-kadang aku kasihan terhadap ibu bapa mereka.Inikah balasan yang mereka balas..ish..ish.. tak patut-tak patut.

Apa kata kepada mat-mat rempit kita guna pakai istilah tersebut ke jalan yang mulia.Bagaimana?Jadilah mat-mat rempit yang bertamadun atau yang mempunyai ilmu pengetahuan.Bak kata golongan intelektual, jadi orang yang berilmu dan beriman.Ayuh!!! kita sama-sama merempit ke masjid, surau-surau dan majlis-majlis ilmu.

Cuba kamu fikir tentang nikmat yang Allah kurniakan tu.Janganla kita guna ke arah keburukan.Sayangilah nyawa anda, bukan ada jual kat kedai mahupun market2.Harganya tak ternilai dengan wang ringgit, setiap hembusan yang keluar dari pernafasan adalah Allah yang tentukan.Jadi takkan kamu nak melawan pencipta Rabbul 'izzati.

Manusia tidak pernah merasa syukur atas nikmat kurniaanya..Mereka pasti akan merungut walaupun nikmat kurniaan Allah melimpah ruah..macam ni ka balasan orang-orang yang bersyukur.Kalo sekadar ucap syukur sapa2 pun boleh.. namun hakikatnya yang sebenar bukan seperti yang dilafazkan.

Selagi hayat dikandung badan gunakanlah nikmat itu sebaik-baiknya, jangan menyesal di belakang hari udahla...lu fikirla sendiri..Usia remajalah kita guna untuk kebaikan dengan mencari pengalaman, kemahiran dan ilmu pengetahuan, janganlah disalahgunakan..Merempitlah ke jalan yang benar (kebaikan), apa lagi..jom..jom..!!!



Saturday, July 4, 2009

Kajian Dato Dr. fadzilah Hj kamsah




Karektor lahir bulAn MAc


- Berpesonaliti yang menarik dan menawan

- Mudah didampingi

- Sangat pemalu dan pemendam rasa

- Sangat baik secara semulajadi(jujur,pemurah dan mudah simpati)

- Sangat sensitif kepada perkataan yang dituturkan dan alam persekitaran

- Suka pada kedamaian

- Sangat peka kepada orang lain

- Sesuai dengan kerjaya yang memberi khidmat kepada orang lain

- Tidak cepat marah dan sangat amanah

- Tahu balas dan kenang budi

- Pemerhatian dan penilaian yang sangat tajam

- Bijak dan daya ingatan yang sangat tajam

- Kecenderungan untuk berdendam kalau tidak dikawal

- Suka berangan-angan

- Suka melancong

- Sangat manja dan suka diberi perhatian yang sangat tinggi

- Kelam-kabut dalam memilih pasangan

- Suka dengan hiasan rumah tangga

- Punyai bakat seni dalam bidang muzik.

- Kecenderungan kepada benda yang baik(istimewa)

- Tidak terlalu moody

Rangsang terus sekiranya kriteria tersebut baik manakala yg negatif harus ditinggalkan...

by: Dato Dr Fadzilah kamsah

Friday, July 3, 2009

Motivasi Diri...


Negatif (-)

Positif(+)



Masalah Susah

Tiada masalah

Saya Cuba

Haa

Tidak Tahu

Cabaran Menanti

Beres

Saya selesaikan

Ahaa

Saya Usahakan





Terdapat 2 jenis sikap atau akhlak yang harus kita ikut dan yang tidak boleh kita ikut.Sekiranya
kita meletakkan diri kita di tempat yang positif maka segala gerak kerja yang bakal @ sedang
kita jalankan akan menjadi baik.

Ini kerana "mind set" kita telah memikirkan benda yang baik
atau manfaat yang bakal diperolehi nanti.Jadi fikirkanlah dengan minda yang terbuka dan
setkan apa2 yang positif.

Tindakan kelakuan individu seperti melalui percakapan juga boleh menjadikan seseorang bertindak positif.Contohnya.., "saya usahakan" di situ terdapat kata-kata positif yang membawa kepada maksud individu tersebut akan mencari jalan untuk melakukan sesuatu dalam meniti kejayaan tanpa kenal erti putus asa.Inilah akhlak yang perlu diterapkan dalam setiap individu itu sendiri.

Manakala yang kedua pula iaitu akhlak yang negatif..Sikap ini akan membuatkan individu lebih cenderung untuk melakukan kesalahan dan kesilapan dalam diri.Sikap ini juga akan menjadikan seseorang itu menyesal atas perbuatannya..Contoh..menyesal aku tidak belajar bersungguh-sungguh dulu.Hmmm..kan dah menyesal.Jadi ini adalah sikap negatif yang perlu kita jauhi.

Pekataan "tidak tahu" memperlihatkan diri seseorang itu seperti tidak mahu berusaha atau bersusah payah dalam menuju kejayaan.Setiap individu harus ingat tanpa usaha kita tidak akan dapat apa yang kita impi2kan.."Penantian satu penyiksaan"ayat ini juga boleh dinisbahkan sebagai usaha yang berterusan amat di tagih dalam mencapai sessuatu matlamat.

Resolusinya, kedua-dua sikap ini akan mempengaruhi diri seseorang terhadap tindakan atau pertuturan seseorang.Oleh itu ahklak yang mulia menjamin kepada kejayaan individu tersebut.Sebagai pelajar, kita perlulah memikirkan perkara yang terbaik untuk kita ikuti bagi dijadikan teladan yang baik suatu hari nanti.Fikir-fikirkan lah wahai insan...

Sunday, June 28, 2009

Nasihat Saidina Ali R.A



ReNuNgan beRsaMa...

  • Tidak ada ilmu , Tidak ada kekayaan
- Sampah-
  • Ada Ilmu , Tidak ada kekayaan
-Hamba-
  • Tidak ada ilmu , Ada kekayaan
-Alat-
  • Ada ilmu , Ada kekayaan
-Tuan-

Saturday, June 27, 2009

Love finds its home in the friendship that we share...



Pengajaran Cinta

Ketahuilah cinta bukan sekadar perasaan sensual yang perlu dibuktikan dengan hubungan intim tetapi penyatuan dan keserasian menjadikan cinta lebih sempurna.

Sekiranya kamu terpandangkan seseorang dan merasakan tarikan magnetik dan getar yang maha dahsyat, mungkin dialah orangnya untuk dirimu. Selalunya insan yang kita sangka tidak mungkin dimiliki itulah yang menjadi teman hidup kita.

Jika benar lelaki telah jatuh cinta, dia tidak kisah tentang asal usulmu dan akan menerima dirimu seadanya. Jika benar si dia bersikap begitu tidak syak lagi dialah jodohmu.

Lelaki yang jujur menerimamu mampu melawan segala arus rintangan. Kamu buatlah perangai macam mana sekalipun dia pasti dapat bersabar kerana cinta lelaki memang utuh. Apabila sampai peringkat mahu memperkenalkanmu kepada orang tuanya, saat itulah tandanya si dia benar-benar serius dan telah bersedia untuk memperisterikanmu.

Hubungan sejiwa kadangkala bukan diukur melalui berapa lama kamu mengenali diri masing-masing. Cukup sekadar beberapa saat mata bertentangan. Kiranya dalam diri wujud suatu rasa keselesaan dan keserasian, maka itulah namanya cinta sejiwa dan jangan sekali-kali melepaskannya.

Sumber Majalah Intrend...

Peristiwa Penting Dalam Bulan Rejab

Rejab bermakna kebesaran atau kemuliaan. Ia juga membawa maksud bulan yang dibesarkan atau dimuliakan. Masyarakat jahiliyyah menamakan bulan ini dengan bulan Rejab lantaran mereka memuliakan dan menghormati bulan ini dengan mengharamkan pertumpahan darah di bulan Rejab. Bagi umat Islam, kita memperingati dan memuliakan Rejab sempena dengan peristiwa besar yang berlaku kepada Rasulullah s.a.w iaitu peristiwa Isra’ dan Mi’raj.

Antara peristiwa-peristiwa yang berlaku dalam bulan Rejab ialah :

1. Hijrah Pertama

Hijrah ke Habsyah (Ethiopia) berlaku kerana pihak musyrikin Mekah meningkatkan tekanan dan ancaman kepada Rasulullah s.a.w dan mereka yang beriman kepada Rasulullah s.a.w pada ketika itu. Ada di kalangan sahabat yang mengadu kepada Rasulullah s.a.w tentang derita yang mereka tanggung lalu Rasulullah s.a.w memerintahkan agar mereka berhijrah ke negeri Habsyah.

Tujuan hijrah ini adalah untuk menyelamatkan iman dan keselamatan diri di samping untuk mencari tapak baru untuk Islam bertapak dan menyusun langkah untuk agenda seterusnya. Diantara mereka yang berhijrah ke Habsyah ialah Saidina Othman r.a dan isterinya Ruqayyah anak Rasulullah s.a.w. Jumlah mereka adalah 14 orang termasuk 4 orang wanita. Habsyah dipilih kerana rajanya dikenali dengan toleransi dan sikap terbukanya.

2. Isra’ dan Mi’raj

Isra’ dan Mi’raj ertinya Rasulullah s.a.w dijalankan dari Mekah ke Baitulmaqdis di waktu malam dan diangkat ke langit bertemu Allah s.w.t untuk mengambil kewajipan solat 5 waktu dari Allah s.w.t .

Dalam menentukan tarikh bila berlakunya peristiwa ini, sebahagian ulama’ mengatakan pada 27 RabiulAkhir, sebahagian mengatakan pada 17 RabiulAwwal, sebahagian yang lain mengatakan pada 29 Ramadhan, ada yang mengatakan pada 27 Rejab dan ada juga ulama’ yang mengatakan selain daripada tanggal-tanggal yang telah disebutkan.Adapun yang terbanyak ialah golongan yang mengatakan pada tanggal 27 Rejab sekalipun tidak disertai dengan alas an yang kuat. Tahun berlakunya juga terdapat perselisihan pendapat ulama’.

3. Perang Tabuk

Tabuk adalah mengambil nama sempena nama satu tempat di Utara Semenanjung Arab di mana Rasulullah s.a.w dan 30 ribu tentera Islam berkumpul. Tidak berlaku pertempuran kerana tentera Rom telah melarikan diri kerana takut dan gerun dengan kekuatan dan kecekalan tentera Islam yang sanggup menghadapi pelbagai kesukaran.

4. Pembebasan Baitul-Maqdis

Baitulmaqdis telah dibuka pada zaman Saidina Umar Al-Khattab r.a di zaman pemerintahannya. Akibat kelalaian dan pepecahan umat Islam di zaman pemerintahan Abasiyah, Kristian (tentera Salib) telah melakukan serangan demi serangan keatas Baitulmaqdis dan akhirnya dapat menawan kota suci Baitulmaqdis setelah 500 tahun dikuasai oleh pemerintah Islam. Tentera Salib telah menduduki Baitulmaqdis hampir 60 tahun sebelum dibebaskan kembalioleh panglima Islam terkenal Solahuddin Al-Ayubi. Beliau telah menawan kembali Baitulmaqdis dari tangan tentera Salib pada hari Jumaat, 27 Rejab 583H. Dan pada tahun 1967 bersamaan 1387H Yahudi pila menawan Baitulmaqdis (Palestin) dan menamakan negara baru mereka dengan nama Israel.

5. Lahirnya Imam As-Syafie r.a

Nama sebenar Imam As-Syafie r.a ialah Muhammad bin Idris. Beliau lahir di Ghazah, Pelestin pada tahun 150H bersamaan 767 Masehi dalam bulan Rejab. Beliau adalah salah seorang dari empat imam mazhab yang besar dalam dunia fiqh. Malaysia mengamalkan mazhab As-Syafie. Diantara peniggalan Imam As-Syafie r.a yang menjadi rujukan sehingga sekarang ialah kitab Al-Umm.

Sumber: Laman ISMA Mesir

Kisah si Penggali Kubur...

Seorang penggali kubur bertanya kepada gurunya tentang mayat yang telah di galinya, terdapat pelbagai mayat yang berbeza rupa.Pada waktu siangnya rupanya baik tetapi lain pula pada malamnya..Bertanya penggali kubur tersebut kepada gurunya..Lalu gurunya pun menjawab akan soalan-soalan tersebut…

Pertamanya mayat yang di gali tersebut pada waktu siangnya menghadap kiblat tetapi lain pula pada waktu malamnya berpaling daripada arah kiblat.

Gurunya menjawab : Itulah orang-orang yang melakukan syirik terhadap Allah S.W.T dengan menyekutukan Allah dengan sesuatu..

kedua pada waktu siangnya rupanya baik tapi pada waktunya malam berubah menjadi rupa khinzir.Gurunya menjawab : Itulah orang-orang yang meremeh-remehkan solat 5 waktu.

Ketiga pada waktu siangnya rupanya baik tetapi pada waktu malamnya perutnya terurai.Inilah golongan-golongan yang makan harta dari sumber yang haram kata gurunya.

Keempat siangnya rupanya masih elok tetapi pada waktu malamnya berubah menjadi batu hitam.Inilah golongan-golongan yang menderhakai kedua ibu bapanya.

Kelima , pada waktu siangnya rupa tubuh badannya elok tetapi lain pula pada waktu malamnya iaitu kuku menjadi panjang dan melilit atau membalut seluruh badannya.Gurunya berkata inilah golongan-golongan yang memutuskan silaturrahim sesama manusia atau mukmin.

Keenam , siangnya rupanya baik tetapi setelah di gali didapati liang lahadnya dipenuhi dengan air yang berwarna hitam.Berkata gurunya inilah golongan yang memakan riba di dunia dahulu.

Ketujuh , apabila di gali kuburnya didapati rupa mayat tersebut elok bagaikan orang yang masih hidup sambil tersenyum kepada si penggali itu.Gurunya menjawab yang terakhir inilah golongan orang yang belajar ilmu dan mengamalkan dengan ilmunya serta menyebarkan kepada orang lain..

From : Tazkirah Ustaz di Masjid Nilai...

Harapan Ayah Dan Ibu

Beruntung jika sesiapa masih mempunyai ayah dan ibu...itulah luahan seorang sahabat kpd aku..kau tahu tak zizai betapa susahnya aku menangggung derita ini bersama dengan adik2 aku."Hanya Tuhan sahaja yang tahu", Farid mengimbas semula kehidupan sebelum pemergian kedua ibu bapanya.Mereka dijaga oleh seorang nenek yang agak uzur dan x mampu untuk membanting tulang 4 kerat mencari rezeki bagi menyara kehidupan mereka tiga beradik..Sahabatku ini merupakan anak sulung dalam keluarganya.


Beliau masih menuntut di sebuah sekolah yang berhampiran rumahn manakala adik-adiknya masih di bangku sekolah lagi.Ayah dan ibu mereka telah lama meninggalkan mereka sekeluarga, mujurlah mereka dapat menumpang kasih dengan nenek.Neneknya pula bekerja sebagai penoreh getah di kampung.Hasil peninggalan sedikit harta dan sebidang tanah daripada ibu bapanyalah dapatlah mengurangkan sedikit bebanan nenek.Di sinilah mereka menetap.

Sebelum ibu dan ayah pulang ke Rahmatullah, kedua-duanya berpesan kpd farid, along jagalah adik-adikmu dengan baik, jadilah anak yang soleh, belajarlah rajin-rajin dan bantulah nenek kamu nanti. Itulah pesanan terakhir ibu dan ayahnya.Bisikkan tersebut masih lagi melekat di telinganya.Hari demi hari dia akan ingat pesanan tersebut dan menjadi semangat baru untuk beliau menjalani kehidupan serta mengotakan apa yang diharapkan kedua ibu bapanya.

Ketika beliau berada di bangku sekolah, Farid menjadi pelajar yang cemerlang tiap-tiap tahun.Neneknya adalah orang yang pertama bangga akan kejayaan tersebut selain guru-gurunya.Dalam hati kecil " farid "kalaulah masih ada ibu dan ayahnya mesti mereka akan bangga dengan kejayaan tersebut.Farid nekad untuk menjejak kaki ke Menara gading yang selalu menjadi impian beliau.Tapi...tapi macam mana nanti dengan adik-adik dan nenek aku nanti.Aku mungkin jauh daripada mereka, Kalo ada cuti pun mungkin pertengahan tahun ja.Camna nak jenguk mereka nanti.Farid terfikir sejenak kalaulah aku x masuk IPT lagi la susah nanti , x kan la aku nak bekerja sebagai penoreh atau petani.Tanah yang Ayah aku tinggal pun x la seluas mana, aku rasa baik aku belajar dulu sekurang-kurangnya ringanla bebanan nenek aku nanti.dah la adik-adik pun nenek aku biayai..ok mulai hari dan saat ini aku akan tunaikan segala cita-cita dan harapan ibu ayahku.

Farid terus menceritakan detik-detik kesusahan beliau..Kelihatan raut wajahnya terpancar kesedihan yang x boleh diselindung lagi.Aku pun memainkan peranan sebagai seorang sahabat," sabarlah farid , anggaplah kesusahan itu sebagai ujian , setiap orang mesti lalui saat kesukaran sebelum mencapai kejayaan..bak kata pepatah "Berakit-rakit ke hulu, berenang-renang ke tepian, bersusah-susah dahulu, bersenang-senang kemudian".Aku kagum dengan kau Farid.Untung aku dapat sahabat seperti kau.Terima kasih zizai mungkin betul apa yang awak cakapkan tu.InsyaAllah aku akan teruskan perjuangan ni.

Mulai daripada hari itu jugalah dia berubah sedikit demi sedikit untuk menjadi orang yang berjaya samada di dunia ataupun akhirat.Dia tetap berazam untuk membantu sesiapa sahaja yang dalam kesusahan.Guru-guru di sekolah amat menyukai kesungguhan dan akhlak yg di tonjolkan farid semasa belajar.Hah..inilah orang-orang yg di sayangi Allah, masyarakat dan Negara."Bisik hati kecilku".Akhirnya peperiksaan SPM pun tiba, aku dan Farid seakan- akan tidak sabar lagi untuk mengambilnya.Kami sudah bersedia cikgu..Insyaallah kami akan buat yg terbaik serta mengharumkan nama sekolah.

Fuh.., tinggi betul harapan kami, maklumlah semuanya sudah kami ulangkaji.hmmmm...Cikgu tersebut tersenyum lebar seperti membenarkan kata-kata kami itu.Ingat sebelum masuk dewan peperiksaan bacalah doa beramai-ramai agar dipermudahkan untuk menjawab soalan-soalan tersebut.Baik cikgu kami akan turuti segala nasihat cikgu itu...Selama 3 minggu berselang seli kami mengambil peperiksaan dan kini tibalah masanya untuk kertas yg terakhir..Alhamdulillah dapat juga aku habiskan exam zizai..Farid bersyukur dengan apa yg dia dah buat.Cuma sekarang farid kita bertawakallah kepada Allah dengan sebanyak-banyaknya..Betul tu Zizai.

Sekarang adalah waktu untuk kita mencari duit bagi persediaan untuk masuk ke Universiti kata farid terhadap Zizai.Ye betul tu, apa rancangan kamu selepas ni..aku ingat nak cari pekerjaan laa, Awak pula farid aku pun rasa macam tu.Lagi pun aku boleh bantu nenek aku di kebun.Oooo..elok sangatlah tu farid..Aku pun nak tolong mak dan ayah aku kat kedai tu.Keputusan SPM kan lambat lagi, kemungkinan dalam 3 bulan macam tulah.Baik kita bantu keluarga kan.Jomm....

Setelah sekian lama bekerja, akhirnya tibalah saat yg amat ditunggu-tunggukan iaitu keputusan peperiksaan SPM.Sebelum tu Farid mendapat panggilan telefon daripada pihak sekolah supaya datang awal untuk mengambil keputusannya.Manakala aku pun turut menerima panggilan telefon daripada pihak sekolah.kami pergi dengan keluarga masing-masing.Sampai ja di pintu sekolah guru-guru yg berada di situ terus menuju kepada kami dan mengucapkan tahniah.Terpaku sebentar dibuatnya, selepas tu baru la kami faham kerana kami telah menjadi pelajar cemerlang di sekolah tersebut.Lantas kedua-duanya terus memeluk keluarga masing-masing.Farid menitis air matanya lalu membasahi di bahu neneknya.Nek inilah yg dapat saya bantu nenek setelah ketiadaan ayah dan ibu..Mesti ayah dan ibu gembirakan nek dengan farid.Farid bercakap dalam keadaan terusap-usap bunyinya..Tahniah cu, kamu dah jadi anak yg berjaya sekarang.Kami meraikan kejayaan bersama sambil memegang slip peperiksaan tersebut.Kami mendapat ucapan tahniah daripada guru-guru terutamanya serta rakan-rakan.

Aku mendapat tawaran daripada matriks manakala farid pula ada mendapat tawaran dari luar negeri.Di sinilah kami berpisah tetapi masih berhubung antara satu sama lain.Kini kami mengejar impian masing-masing walaupun sudah tidak sepengajian macam dahulunya.Sebelum bertolak ke luar negeri farid terlebih dahulu melawat kubur ibu dan ayahnya.Walaubagaimana pun farid rasa berat hati untuk meninggalkan adik-adik dan neneknya.

Namun begitu ayah dan ibuku akan menjenguk mereka sekeluarga.Farid pun mengangguk-anggukkan kepala tanda setuju.Farid melanjutkan pengajiannya di dalam bidang kedoktoran manakala aku pula di dalam bidang perakaunan..Akhirnya impian dan harapan ayah serta ibu kami menjadi kenyataan.Jadi hargailah pengorbanan ibu dan ayah kamu walaupun hinanya mereka di pandang masyarakat kerana faktor kemiskinan.Ingatlah bahawa kesusahan lah yg akan membawa kepada kejayaan suatu hari nanti..Wasalam..