Kata Aluan...

senyumlah...

senyumlah...

Tuesday, March 27, 2012

...Hormat Guru Berkat ILMu...


Situasi 1 : -

''Kenapa tak bawa buku"? soal guru dengan air muka keruh. Pelajar yang di soal itu menunduk muka. Dia tahu silapnya.
Usai sahaja kelas pelajar ini datang berjumpa guru tersebut dan meminta maaf. " cg maafkan saya, saya janji tak buat lagi sambil menangis " ' guru tersenyum '..

Situasi 2 : -

Mana buku kamu?
Oh buku saya di curi tikus cg.kih kih ...
Sudahla menipu, lepas tu memperolok-olokkan cg pula
Apabila cg marah, pura-pura tidak mendengar, bahkan ada yang memaki hamun dan mengutuk gurunya pula secara diam-diam.

( Petikan dari majalah GEN Q isu No. 07..)

Perbezaan yang sangat ketara tentang adab serta akhlak pelajar dahulu berbanding sekarang terhadap ibu bapa. Persoalannya kemanakah nilai-nilai murni @ adab-adab pelajar sekarang.Adakah sistem pendidikan yang salah @ cara mendidik yang salah @ ledakan teknologi yang mempengaruhinya???

Mari kita telusuri sejarah imam-imam @ ulama' terdahulu..
Contoh Imam Syafie menunjukkan tanda hormatnya terhadap gurunya Imam Malik;

" aku membelek kertas2 dihadapan Imam Malik perlahan-lahan kerana menghormatinya supaya beliau tidak terdengar bunyi selakan kertas tersebut ".
Nah, cuba kita lihat betapa hormatnya imam syafie sehinggakan nak selak helaian kertas pun takut2 di ketahui gurunya.Mereka tahu keredhaan guru boleh mempengaruhi kejayaan dalam hidup kerana kedudukan guru sangat tinggi sehingga setiap ucapannya menjadi doa.

Wahai anak-anak muridku, ingatlah jangan sesekali kita menyakitkan hati guru kita kerana apabila dia kecewa dengan sikap kita membolehkan keberkatan itu hilang..
Jadi, hormatilah mereka seperti mana kamu menghormati ibu bapa kamu.Ingatlah biarlah kejayaan itu seiring dengan akhlak yang baik..Cemerlanglah akhlak dan akedemik, InsyaAllah berjaya di dunia dan akhirat..






Wednesday, March 7, 2012

Ujian 1 S.M.K Senawang..


Selamat Menghadapi Ujian bulan mac buat anak2 muridku..Perbanyakkan mentelaah dan berdoa pada Allah, I.Allah berjaya dalam ujian tersebut..Semoga Allah mempermudahkan..