Kata Aluan...

senyumlah...

senyumlah...

Sunday, June 28, 2009

Nasihat Saidina Ali R.A



ReNuNgan beRsaMa...

  • Tidak ada ilmu , Tidak ada kekayaan
- Sampah-
  • Ada Ilmu , Tidak ada kekayaan
-Hamba-
  • Tidak ada ilmu , Ada kekayaan
-Alat-
  • Ada ilmu , Ada kekayaan
-Tuan-

Saturday, June 27, 2009

Love finds its home in the friendship that we share...



Pengajaran Cinta

Ketahuilah cinta bukan sekadar perasaan sensual yang perlu dibuktikan dengan hubungan intim tetapi penyatuan dan keserasian menjadikan cinta lebih sempurna.

Sekiranya kamu terpandangkan seseorang dan merasakan tarikan magnetik dan getar yang maha dahsyat, mungkin dialah orangnya untuk dirimu. Selalunya insan yang kita sangka tidak mungkin dimiliki itulah yang menjadi teman hidup kita.

Jika benar lelaki telah jatuh cinta, dia tidak kisah tentang asal usulmu dan akan menerima dirimu seadanya. Jika benar si dia bersikap begitu tidak syak lagi dialah jodohmu.

Lelaki yang jujur menerimamu mampu melawan segala arus rintangan. Kamu buatlah perangai macam mana sekalipun dia pasti dapat bersabar kerana cinta lelaki memang utuh. Apabila sampai peringkat mahu memperkenalkanmu kepada orang tuanya, saat itulah tandanya si dia benar-benar serius dan telah bersedia untuk memperisterikanmu.

Hubungan sejiwa kadangkala bukan diukur melalui berapa lama kamu mengenali diri masing-masing. Cukup sekadar beberapa saat mata bertentangan. Kiranya dalam diri wujud suatu rasa keselesaan dan keserasian, maka itulah namanya cinta sejiwa dan jangan sekali-kali melepaskannya.

Sumber Majalah Intrend...

Peristiwa Penting Dalam Bulan Rejab

Rejab bermakna kebesaran atau kemuliaan. Ia juga membawa maksud bulan yang dibesarkan atau dimuliakan. Masyarakat jahiliyyah menamakan bulan ini dengan bulan Rejab lantaran mereka memuliakan dan menghormati bulan ini dengan mengharamkan pertumpahan darah di bulan Rejab. Bagi umat Islam, kita memperingati dan memuliakan Rejab sempena dengan peristiwa besar yang berlaku kepada Rasulullah s.a.w iaitu peristiwa Isra’ dan Mi’raj.

Antara peristiwa-peristiwa yang berlaku dalam bulan Rejab ialah :

1. Hijrah Pertama

Hijrah ke Habsyah (Ethiopia) berlaku kerana pihak musyrikin Mekah meningkatkan tekanan dan ancaman kepada Rasulullah s.a.w dan mereka yang beriman kepada Rasulullah s.a.w pada ketika itu. Ada di kalangan sahabat yang mengadu kepada Rasulullah s.a.w tentang derita yang mereka tanggung lalu Rasulullah s.a.w memerintahkan agar mereka berhijrah ke negeri Habsyah.

Tujuan hijrah ini adalah untuk menyelamatkan iman dan keselamatan diri di samping untuk mencari tapak baru untuk Islam bertapak dan menyusun langkah untuk agenda seterusnya. Diantara mereka yang berhijrah ke Habsyah ialah Saidina Othman r.a dan isterinya Ruqayyah anak Rasulullah s.a.w. Jumlah mereka adalah 14 orang termasuk 4 orang wanita. Habsyah dipilih kerana rajanya dikenali dengan toleransi dan sikap terbukanya.

2. Isra’ dan Mi’raj

Isra’ dan Mi’raj ertinya Rasulullah s.a.w dijalankan dari Mekah ke Baitulmaqdis di waktu malam dan diangkat ke langit bertemu Allah s.w.t untuk mengambil kewajipan solat 5 waktu dari Allah s.w.t .

Dalam menentukan tarikh bila berlakunya peristiwa ini, sebahagian ulama’ mengatakan pada 27 RabiulAkhir, sebahagian mengatakan pada 17 RabiulAwwal, sebahagian yang lain mengatakan pada 29 Ramadhan, ada yang mengatakan pada 27 Rejab dan ada juga ulama’ yang mengatakan selain daripada tanggal-tanggal yang telah disebutkan.Adapun yang terbanyak ialah golongan yang mengatakan pada tanggal 27 Rejab sekalipun tidak disertai dengan alas an yang kuat. Tahun berlakunya juga terdapat perselisihan pendapat ulama’.

3. Perang Tabuk

Tabuk adalah mengambil nama sempena nama satu tempat di Utara Semenanjung Arab di mana Rasulullah s.a.w dan 30 ribu tentera Islam berkumpul. Tidak berlaku pertempuran kerana tentera Rom telah melarikan diri kerana takut dan gerun dengan kekuatan dan kecekalan tentera Islam yang sanggup menghadapi pelbagai kesukaran.

4. Pembebasan Baitul-Maqdis

Baitulmaqdis telah dibuka pada zaman Saidina Umar Al-Khattab r.a di zaman pemerintahannya. Akibat kelalaian dan pepecahan umat Islam di zaman pemerintahan Abasiyah, Kristian (tentera Salib) telah melakukan serangan demi serangan keatas Baitulmaqdis dan akhirnya dapat menawan kota suci Baitulmaqdis setelah 500 tahun dikuasai oleh pemerintah Islam. Tentera Salib telah menduduki Baitulmaqdis hampir 60 tahun sebelum dibebaskan kembalioleh panglima Islam terkenal Solahuddin Al-Ayubi. Beliau telah menawan kembali Baitulmaqdis dari tangan tentera Salib pada hari Jumaat, 27 Rejab 583H. Dan pada tahun 1967 bersamaan 1387H Yahudi pila menawan Baitulmaqdis (Palestin) dan menamakan negara baru mereka dengan nama Israel.

5. Lahirnya Imam As-Syafie r.a

Nama sebenar Imam As-Syafie r.a ialah Muhammad bin Idris. Beliau lahir di Ghazah, Pelestin pada tahun 150H bersamaan 767 Masehi dalam bulan Rejab. Beliau adalah salah seorang dari empat imam mazhab yang besar dalam dunia fiqh. Malaysia mengamalkan mazhab As-Syafie. Diantara peniggalan Imam As-Syafie r.a yang menjadi rujukan sehingga sekarang ialah kitab Al-Umm.

Sumber: Laman ISMA Mesir

Kisah si Penggali Kubur...

Seorang penggali kubur bertanya kepada gurunya tentang mayat yang telah di galinya, terdapat pelbagai mayat yang berbeza rupa.Pada waktu siangnya rupanya baik tetapi lain pula pada malamnya..Bertanya penggali kubur tersebut kepada gurunya..Lalu gurunya pun menjawab akan soalan-soalan tersebut…

Pertamanya mayat yang di gali tersebut pada waktu siangnya menghadap kiblat tetapi lain pula pada waktu malamnya berpaling daripada arah kiblat.

Gurunya menjawab : Itulah orang-orang yang melakukan syirik terhadap Allah S.W.T dengan menyekutukan Allah dengan sesuatu..

kedua pada waktu siangnya rupanya baik tapi pada waktunya malam berubah menjadi rupa khinzir.Gurunya menjawab : Itulah orang-orang yang meremeh-remehkan solat 5 waktu.

Ketiga pada waktu siangnya rupanya baik tetapi pada waktu malamnya perutnya terurai.Inilah golongan-golongan yang makan harta dari sumber yang haram kata gurunya.

Keempat siangnya rupanya masih elok tetapi pada waktu malamnya berubah menjadi batu hitam.Inilah golongan-golongan yang menderhakai kedua ibu bapanya.

Kelima , pada waktu siangnya rupa tubuh badannya elok tetapi lain pula pada waktu malamnya iaitu kuku menjadi panjang dan melilit atau membalut seluruh badannya.Gurunya berkata inilah golongan-golongan yang memutuskan silaturrahim sesama manusia atau mukmin.

Keenam , siangnya rupanya baik tetapi setelah di gali didapati liang lahadnya dipenuhi dengan air yang berwarna hitam.Berkata gurunya inilah golongan yang memakan riba di dunia dahulu.

Ketujuh , apabila di gali kuburnya didapati rupa mayat tersebut elok bagaikan orang yang masih hidup sambil tersenyum kepada si penggali itu.Gurunya menjawab yang terakhir inilah golongan orang yang belajar ilmu dan mengamalkan dengan ilmunya serta menyebarkan kepada orang lain..

From : Tazkirah Ustaz di Masjid Nilai...

Harapan Ayah Dan Ibu

Beruntung jika sesiapa masih mempunyai ayah dan ibu...itulah luahan seorang sahabat kpd aku..kau tahu tak zizai betapa susahnya aku menangggung derita ini bersama dengan adik2 aku."Hanya Tuhan sahaja yang tahu", Farid mengimbas semula kehidupan sebelum pemergian kedua ibu bapanya.Mereka dijaga oleh seorang nenek yang agak uzur dan x mampu untuk membanting tulang 4 kerat mencari rezeki bagi menyara kehidupan mereka tiga beradik..Sahabatku ini merupakan anak sulung dalam keluarganya.


Beliau masih menuntut di sebuah sekolah yang berhampiran rumahn manakala adik-adiknya masih di bangku sekolah lagi.Ayah dan ibu mereka telah lama meninggalkan mereka sekeluarga, mujurlah mereka dapat menumpang kasih dengan nenek.Neneknya pula bekerja sebagai penoreh getah di kampung.Hasil peninggalan sedikit harta dan sebidang tanah daripada ibu bapanyalah dapatlah mengurangkan sedikit bebanan nenek.Di sinilah mereka menetap.

Sebelum ibu dan ayah pulang ke Rahmatullah, kedua-duanya berpesan kpd farid, along jagalah adik-adikmu dengan baik, jadilah anak yang soleh, belajarlah rajin-rajin dan bantulah nenek kamu nanti. Itulah pesanan terakhir ibu dan ayahnya.Bisikkan tersebut masih lagi melekat di telinganya.Hari demi hari dia akan ingat pesanan tersebut dan menjadi semangat baru untuk beliau menjalani kehidupan serta mengotakan apa yang diharapkan kedua ibu bapanya.

Ketika beliau berada di bangku sekolah, Farid menjadi pelajar yang cemerlang tiap-tiap tahun.Neneknya adalah orang yang pertama bangga akan kejayaan tersebut selain guru-gurunya.Dalam hati kecil " farid "kalaulah masih ada ibu dan ayahnya mesti mereka akan bangga dengan kejayaan tersebut.Farid nekad untuk menjejak kaki ke Menara gading yang selalu menjadi impian beliau.Tapi...tapi macam mana nanti dengan adik-adik dan nenek aku nanti.Aku mungkin jauh daripada mereka, Kalo ada cuti pun mungkin pertengahan tahun ja.Camna nak jenguk mereka nanti.Farid terfikir sejenak kalaulah aku x masuk IPT lagi la susah nanti , x kan la aku nak bekerja sebagai penoreh atau petani.Tanah yang Ayah aku tinggal pun x la seluas mana, aku rasa baik aku belajar dulu sekurang-kurangnya ringanla bebanan nenek aku nanti.dah la adik-adik pun nenek aku biayai..ok mulai hari dan saat ini aku akan tunaikan segala cita-cita dan harapan ibu ayahku.

Farid terus menceritakan detik-detik kesusahan beliau..Kelihatan raut wajahnya terpancar kesedihan yang x boleh diselindung lagi.Aku pun memainkan peranan sebagai seorang sahabat," sabarlah farid , anggaplah kesusahan itu sebagai ujian , setiap orang mesti lalui saat kesukaran sebelum mencapai kejayaan..bak kata pepatah "Berakit-rakit ke hulu, berenang-renang ke tepian, bersusah-susah dahulu, bersenang-senang kemudian".Aku kagum dengan kau Farid.Untung aku dapat sahabat seperti kau.Terima kasih zizai mungkin betul apa yang awak cakapkan tu.InsyaAllah aku akan teruskan perjuangan ni.

Mulai daripada hari itu jugalah dia berubah sedikit demi sedikit untuk menjadi orang yang berjaya samada di dunia ataupun akhirat.Dia tetap berazam untuk membantu sesiapa sahaja yang dalam kesusahan.Guru-guru di sekolah amat menyukai kesungguhan dan akhlak yg di tonjolkan farid semasa belajar.Hah..inilah orang-orang yg di sayangi Allah, masyarakat dan Negara."Bisik hati kecilku".Akhirnya peperiksaan SPM pun tiba, aku dan Farid seakan- akan tidak sabar lagi untuk mengambilnya.Kami sudah bersedia cikgu..Insyaallah kami akan buat yg terbaik serta mengharumkan nama sekolah.

Fuh.., tinggi betul harapan kami, maklumlah semuanya sudah kami ulangkaji.hmmmm...Cikgu tersebut tersenyum lebar seperti membenarkan kata-kata kami itu.Ingat sebelum masuk dewan peperiksaan bacalah doa beramai-ramai agar dipermudahkan untuk menjawab soalan-soalan tersebut.Baik cikgu kami akan turuti segala nasihat cikgu itu...Selama 3 minggu berselang seli kami mengambil peperiksaan dan kini tibalah masanya untuk kertas yg terakhir..Alhamdulillah dapat juga aku habiskan exam zizai..Farid bersyukur dengan apa yg dia dah buat.Cuma sekarang farid kita bertawakallah kepada Allah dengan sebanyak-banyaknya..Betul tu Zizai.

Sekarang adalah waktu untuk kita mencari duit bagi persediaan untuk masuk ke Universiti kata farid terhadap Zizai.Ye betul tu, apa rancangan kamu selepas ni..aku ingat nak cari pekerjaan laa, Awak pula farid aku pun rasa macam tu.Lagi pun aku boleh bantu nenek aku di kebun.Oooo..elok sangatlah tu farid..Aku pun nak tolong mak dan ayah aku kat kedai tu.Keputusan SPM kan lambat lagi, kemungkinan dalam 3 bulan macam tulah.Baik kita bantu keluarga kan.Jomm....

Setelah sekian lama bekerja, akhirnya tibalah saat yg amat ditunggu-tunggukan iaitu keputusan peperiksaan SPM.Sebelum tu Farid mendapat panggilan telefon daripada pihak sekolah supaya datang awal untuk mengambil keputusannya.Manakala aku pun turut menerima panggilan telefon daripada pihak sekolah.kami pergi dengan keluarga masing-masing.Sampai ja di pintu sekolah guru-guru yg berada di situ terus menuju kepada kami dan mengucapkan tahniah.Terpaku sebentar dibuatnya, selepas tu baru la kami faham kerana kami telah menjadi pelajar cemerlang di sekolah tersebut.Lantas kedua-duanya terus memeluk keluarga masing-masing.Farid menitis air matanya lalu membasahi di bahu neneknya.Nek inilah yg dapat saya bantu nenek setelah ketiadaan ayah dan ibu..Mesti ayah dan ibu gembirakan nek dengan farid.Farid bercakap dalam keadaan terusap-usap bunyinya..Tahniah cu, kamu dah jadi anak yg berjaya sekarang.Kami meraikan kejayaan bersama sambil memegang slip peperiksaan tersebut.Kami mendapat ucapan tahniah daripada guru-guru terutamanya serta rakan-rakan.

Aku mendapat tawaran daripada matriks manakala farid pula ada mendapat tawaran dari luar negeri.Di sinilah kami berpisah tetapi masih berhubung antara satu sama lain.Kini kami mengejar impian masing-masing walaupun sudah tidak sepengajian macam dahulunya.Sebelum bertolak ke luar negeri farid terlebih dahulu melawat kubur ibu dan ayahnya.Walaubagaimana pun farid rasa berat hati untuk meninggalkan adik-adik dan neneknya.

Namun begitu ayah dan ibuku akan menjenguk mereka sekeluarga.Farid pun mengangguk-anggukkan kepala tanda setuju.Farid melanjutkan pengajiannya di dalam bidang kedoktoran manakala aku pula di dalam bidang perakaunan..Akhirnya impian dan harapan ayah serta ibu kami menjadi kenyataan.Jadi hargailah pengorbanan ibu dan ayah kamu walaupun hinanya mereka di pandang masyarakat kerana faktor kemiskinan.Ingatlah bahawa kesusahan lah yg akan membawa kepada kejayaan suatu hari nanti..Wasalam..