Kata Aluan...

senyumlah...

senyumlah...

Sunday, November 27, 2011

Salam Maal Hijrah 1433 H...

Salam Maal Hijrah 1433 H kepada semua umat islam di seluruh pelusuk dunia..
Semoga kita dapat mengambil iktibar dari peristiwa2 hijrah baginda Rasulullah dan para sahabat..Diharapkan kita sama2 dapat mempertingkatkan amal ibadah disamping memperbaiki kesilapan yang lalu..Semoga tahun ini lebih baik daripada sebelumnya dengan pelbagai amalan serta istiqamah terhadapnya.. amin Ya Rabb..

Saturday, October 1, 2011


ceria2 sokmo..
sedap.. pakat2 menikmati jamuan
terharu pulak..hee.t.q pelajar2 4 Abu bakar..

Pelajar2 4 Abu bakar seramai 21 orang kesemuanya, sayangnya ada yang tak dapat bersama kerana terlibat dengan program..pa2 pun terima kasih banyak kepada kamu semua atas komitmen dan respon yang diberikan..Semoga kamu semua beroleh kejayaan di dunia dan akhirat...Amin..

Sunday, September 18, 2011

Sabar dalam menghadapi ujian ALLAH



Walaupun kepatuhan kepada-Nya bukan alasan untuk tidak berusaha menolak kemiskinan, kesakitan dan kegagalan, Allah mendatangkan takdir yang kadang-kadang kita langsung tidak terfikir akannya. Jika kemiskinan, kesakitan dan kegagalan berlaku juga, tentulah ada kebaikan yang tersembunyi. Dan hakikat itu pastinya tidak dapat kita singkap dengan akal kita yang sejengkal berbanding dengan ilmu Allah yang maha luas..Petikan dari Nota Fikir untuk zikir..
Firman ALLAH:-

" Boleh jadi kamu membenci sesuatu tetapi ia amat baik bagi kamu dan boleh jadi (juga) kamu menyukai sesuatu tetapi ia amat buruk bagi kamu. Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui." ( Al-Baqarah : 216 )

Ayat di atas amat jelas bagi kita untuk dijadikan sebagai ukuran terhadap apa yang berlaku ke atas diri seseorang mukmin itu. Bagi orang mukmin yang kuat imannya sentiasa istiqamah dalam melakukan ibadah kepada Allah serta sabar dalam menghadapi ujian Allah. Setiap manusia tidak menginginkan masalah apatah lagi ujian dari Allah. Bahkan ada yang ingin melarikan diri dari masalah yang berlaku. Itukah yang patut kita lakukan sebagai seorang khalifah.

Ingatlah bahawa bila mana kita tidak ditimpa ujian dari Allah kita akan sentiasa selesa dengan keadaan tersebut sehinggakan kita lupa untuk membantu orang-orang susah di sekeliling kita. Kita merasakan yang demikian itu bukan tanggungjawab bersama. Biarlah dia selesaikan sendiri sedangkan dia memerlukan bantuan dari pihak yang lain. Itulah kesombongan yang terdapat dalam diri manusia yang mempunyai hasad dengki. Sifat yang perlu dikikis dari hati seseorang insan. Bila mana sifat ini bermaharajarela dalam diri seseorang insan itulah yang membuatkan kita menjadi khianat sesama insan, sedangkan ianya rekaan semata-mata demi memuaskan nafsu.

Seseorang insan yang beriman wajarlah memikirkan ujian yang Allah timpakan ke atas kita adalah tarbiah dari Allah. Berfikiran positiflah dengan apa yang menimpa kerana kita dapat belajar daripadanya. Kadang-kadang Allah ingin menguji keimanan seseorang dalam menghadapi situasi tersebut supaya tidak terkejut dengan ujian yang lebih besar. Kita dapat belajar daripadanya dengan kita dapat menilai terukkah ujian itu padaku sedangkan ada orang lain lagi hebat dugaannya berbanding kita. Perbandingann tersebut akan membuatkan kita bersangka baik dengan Allah. Mudah-mudahan ada hikmah disebaliknya yang dapat kita pelajari. Betullah apa yang dikatakan Allah dalam firmanNya sesuatu yang kita tidak suka akannya boleh jadi baik bagi kamu manakala sesuatu yang kita suka boleh jadi ianya buruk bagi kamu.

Kemiskinan, kesakitan dan kegagalan yang menimpa seseorang ada hikmah yang perlu kita selidiki daripadanya agar kita tidak merasakan sebagai bebanan yang besar. Apabila kita ditimpa kemiskinan serta kesakitan kita redhalah akannya dan mencari solusi yang terbaik dalam menyelesaikannya. InsyaAllah Allah akan membalas segala ujian yang kita lalui itu bila mana kita bersabar. Sekiranya kita salah seorang daripadanya, sama-samalah kita pohon kepadaNya agar dikuatkan iman serta kesabaran dalam menghadapinya.

Wahai Tuhan Kami ! janganlah Engkau bebankan kepada Kami bebanan Yang berat sebagaimana Yang telah Engkau bebankan kepada orang-orang Yang terdahulu daripada kami. Wahai Tuhan kami! janganlah Engkau pikulkan kepada Kami apa Yang Kami tidak terdaya memikulnya. dan maafkanlah kesalahan kami, serta ampunkanlah dosa kami, dan berilah rahmat kepada kami. Engkaulah Penolong kami; oleh itu, tolonglah Kami untuk mencapai kemenangan terhadap kaum-kaum Yang kafir".

Saturday, August 20, 2011

Nasihat Imam Abu Hanifah

1) Jangan bakhil@kedekut kerana perangai itu memalukan

2) Jangan pula tamak dan berdusta, bahkan hendaklah sentiasa menjaga maruah.

3) Sentiasa menghormati dan meminta ampun maaf kepada guru juga pendidik

4) Sentiasa menziarahi kubur guru dan tempat2 berkat

5) Bercampur dengan orang yang tidak baik hanya untuk menyeru ke jalan islam

6) Jangan banyak memaki hamun dan mencela orang lain

7) Bersegera ke masjid setiap kali mendengar laungan azan

8) Jagalah rahsia jiran tetangga dan jangan menyebar rahsia yang diamanahkan

9) Bencikan perkara yang hina disisi orang berilmu

10) Janganlah banyak bercerita atau bercakap kerana ia akan menjadi pembohongan.

Ya Allah mudahkan hatiku menerima nasihat dan mengamalkan perbuatan yang baik..

Saturday, August 13, 2011

Bulan Ramadhan..


Assalalmualaikum w.b.t..Alhamdulillah dah masuk hari ke 14 hari kita berpuasa di bulan Ramadhan. Persoalannya adakah amalan kita turut bertambah atau makin berkurang sedangkan kita hampir berada dalam pertengahan bulan mulia ini. Pelbagai peristiwa yang terdapat dalam ramadhan , antaranya ialah Nuzul al-quran, peperangan badar, malam al-qadar dan sebagainya. Sepatutnya kita telah menghabiskan bacaan Al-Quran serta menghayati isiNya sebanyak 14 juzuk sekiranya kita istiqamah.

Oleh itu marilah sama-sama kita menghidupkan malam-malam yang penuh keberkatan ini dengan amal-amal ibadah supaya kita tergolong dalam orang yang memperolehi Jannah Allah. Semoga kita semua terpilih oleh Allah untuk mendapatkan malam Qadar yang dijanjikan Allah kepada hamba-hamba yang mendambakannya. Amin Ya Rabb...

...InsyaAllah , Sama2lah kita beribadah dalam bulan ramadhan ini..


Wednesday, August 10, 2011

Malang nasib graduan UPSI

Saya adalah bekas pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Tanjong Malim. Perak. Pada 26 hingga 30 Julai 2011, UPSI telah mengadakan Istiadat Konvokesyen ke-13 dan saya adalah salah seorang pelajar yang menerima ijazah pada hari itu.

Malangnya, kegembiraan saya dan kebanyakan rakan lain pada hari itu tidak seberapa kerana UPSI tidak telus dengan kami, ibu bapa kami dan juga masyarakat luar. Sepanjang istiadat berlangsung, kesemua ucapan yang diberikan oleh pihak pengurusan UPSI membayangkan seolah-olah kesemua kami akan keluar dan menjadi guru seperti kebiasaannya.

Hakikatnya, hanya pelajar-pelajar di bawah tajaan Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) sahaja yang akan ditawarkan jawatan guru. Kami yang selebihnya dikategorikan sebagai graduan UPSI Pasaran Terbuka. Dengan lain perkataan, kami tidak akan ditawarkan secara terus menjadi guru tetapi perlu mencari pekerjaan lain di luar sana selain guru.

Rata-rata kami belajar dengan pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasioanl (PTPTN) dan bukannya tajaan KPM. Setelah bertahun-tahun belajar dan ribuan wang dihabiskan untuk belajar di UPSI sebagai bakal guru, kami disuruh mencari pekerjaan lain.

Tambah buruk lagi UPSI sendiri ingin lepas tangan dan menyembunyikan hal ini daripada ibu bapa yang hadir pada istiadat konvokesyen yang lalu. Perbuatan sebegini, sungguh tidak bertanggungjawab. Ternyata UPSI seperti bermain wayang dan membuat kami serta masyarakat percaya bahawa setiap pelajar mereka adalah bakal guru.

Perasmian Muzium Pendidikan Nasional di dalam kampus UPSI baru-baru ini juga adalah helah UPSI untuk membuat masyarakat terus percaya bahawa UPSI masih merupakan tempat latihan bakal guru sedangkan sebenarnya pelajarnya disuruh mencari pekerjaan lain di pasaran terbuka.

Jika dilihat dari sudut utama pameran ketika pelancaran, ia tidak langsung berfokus kepada tokoh-tokoh guru dan pendidik nasional. Perasmian Muzium Pendidikan Nasional UPSI sekadar gimik supaya orang awam menyangka bahawa UPSI masih lagi melatih bakal guru.

Kenyataannya, UPSI gagal membuat sebarang perjanjian muktamad dengan Kementerian Pelajaran Malaysia bagi menjamin tempat kesemua graduannya sebagai bakal guru. Wajarkah kami yang belajar dengan sukatan pelajaran menjadi seorang bakal guru di UPSI disuruh mencari kerja lain sedangkan wang kami telah habis dibelanjakan untuk UPSI? Masanya sudah tiba untuk masyarakat perlu sedar bahawa UPSI tidak lagi seperti dahulu.

Setidak-tidaknya, kami mengharapkan ada sedikit rasa tanggung-jawab di pihak UPSI khususnya Naib Canselor UPSI, menjelaskan hal ini kepada ibu-bapa kami ketika berucap dalam istiadat konvokesyen yang lalu.

Kecewa rasanya bila beliau juga berucap seolah-olah kami sudah dijamin untuk mendapat jawatan guru. Tidakkah ibu-bapa kami perlu tahu akan hal ini setelah mereka juga membelanjakan banyak wang kepada UPSI? Kebanyakan mereka adalah orang kampung yang masih percaya bahawa bila anak mereka masuk UPSI, pasti akan jadi guru.

Kesal rasanya menjadi graduan UPSI. Lebih baik jika kami belajar di universiti lain yang sememangnya khusus untuk pasaran terbuka dengan peluang mendapat pekerjaan bukan guru yang lebih cerah.

Jika masih berminat untuk jadi guru, graduan universiti lain masih boleh memohon Diploma Perguruan Lepasan Ijazah (DPLI) tajaan KPM dengan masa depan lebih terjamin. Takkan UPSI mahu kami graduan UPSI mengikuti kursus DPLI juga semata-mata untuk dapat jawatan guru? Apa faedahnya kami belajar di UPSI jika itu yang perlu kami lakukan nanti?

Apapun, kami sudah tamat belajar di UPSI tanpa sebarang jaminan untuk jadi guru. Nasi sudah jadi bubur. Kami sudah tidak dapat menebus kembali wang dan masa pengajian kami yang telah hilang. Untuk mencari kerja lain dengan hanya kemahiran menjadi guru yang kami ada, bukan satu perkara mudah.

Kepada semua pelajar UPSI amnya dah Majlis Perwakilan Pelajar UPSI khususnya, harap bangun daripada mimpi anda.

Kepada bakal lepasan sekolah yang berminat untuk jadi guru, ingatlah bahawa UPSI tidak lagi menjanjikan sebarang jawatan guru untuk graduannya seperti dulu. Anda adalah bakal graduan untuk pasaran terbuka. Jangan keliru UPSI dengan Institut Pendidikan Guru (IPG).

Untuk UPSI pula, gugurkan saja perkataan "Pendidikan" pada namanya supaya masyarakat sedia maklum bahawa graduan UPSI adalah graduan pasaran terbuka seperti lain-lain universiti. Itu lebih bagus daripada terus mengelirukan masyarakat


GRADUAN KECEWA
Tajung Malim, Perak

KemahiraN Insaniah Pendidik. ( KIP '11 )

Perasmi Prof. Madya Dr. bhasah dan Dr. Azizi..
hari penutup program..
bergambar di depan tasik kem kokurikulum kuala kubu bharu..
aktiviti survivor..
hari terakhir program..
bersama urusetia dan peserta KIP..

Monday, August 8, 2011

Lawatan ke Langkawi...


di hadapan Fakulti pendidikan USM..
ke pulau Dayang Bunting..mandi dulu..hee..


on the way ke tempat helang makan ikan...best..takjub..
Pulau dayang bunting..
pemandangan ketika di atas puncak cable car...
Program akhir pelajar ISMP USIM first batch sebelum praktikum.
Lawatan ini disertai oleh pelajar2 tahun akhir ISMP :

1) lawatan ke usm
2) lawatan ke kolej komuniti Langkawi

bermula 8 hb 6 sehingga 10 hb jun 2011..

...Good Luck all Friends..

Wednesday, June 29, 2011

PRAKTIKUM..

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Pejam celik2 habis sudah pengajian ana di Usim, Masa berlalu begitu pantas sepantas kilat menyambar, sedar tak sedar bulan 7 ini ana akan bergelar guru pelatih..al-maklumlah belum posting dan dapat lesen besar lagi.hee..I.Allah ana berjanji pada diri untuk menjadi seorang Murabbi yang berjaya mentarbiah anak-anak didik menjadi insan yang cemerlang dunia dan akhirat..Seorang guru perlulah bersabar dalam apa jua kerenah anak didik..MARAH ITU MUDAH SABAR ITU INDAH..Hal ini kesabaran adalah aspek yang terpenting dalam mendidik sepertimana junjungan besar kita Nabi Muhammad S.A.W..Contohilah Baginda Rasulullah.

I.Allah ana akan kongsikan cerita ana waktu Praktikum nanti..Hope the best for all my friends.

Monday, March 21, 2011

MuTiAra kAta...

kalau menjadi manusia,

Jangan jadi manusia biasa-biasa

yang longgar jiwanya,

Rapuh imannya,

Sempit mindanya gelap masa depannya,

Tetapi JADILAH manusia yang LUAR BIASA,

yang gah jiwanya,

kental Imannya,

Tertib solatnya,

Al-Quran juadahNya,

Luas pandanganNya,

Gemilang masa depanNya,

dan tidak akan menzalimi orang2 di sekelilingNya..


...mutiara kata untuk sama2 kita fikirkan & lakukan...

Sunday, February 27, 2011

Rasulullah jadikan dugaan, motivasi bakar semangat perjuangan

RASULULLAH SAW diutuskan membawa rahmat ke atas sekalian alam seperti difirmankan Allah yang bermaksud: “Dan tiadalah Kami mengutuskan engkau (wahai Muhammad), melainkan untuk menjadi rahmat bagi sekalian alam.” (Al-Anbiya’ : 107)

Baginda kasih kepada umatnya, tidak mahu mereka teraba-raba dalam kesesatan mencari Tuhan sebenar. Baginda juga tidak mahu umatnya melakukan penderhakaan kepada Allah SWT yang kelak mengakibatkan mereka memperoleh azab yang dahsyat di akhirat.
Justeru, Rasulullah SAW tidak jemu-jemu mengajak umatnya mentauhidkan Allah SWT. Dalam menyebarkan ajaran yang suci ini, Rasulullah SAW berdepan dengan pelbagai cabaran daripada kalangan Musyrikin Makkah dan kaum munafik di Madinah, selain orang Yahudi yang bersifat degil serta Nasrani yang menganggap Nabi Isa sebagai Tuhan.
Pelbagai dugaan, ancaman dan penderitaan yang baginda alami, semuanya dihadapi dengan sabar dan tabah kerana baginda sedar apa yang disampaikan olehnya ialah sesuatu yang hak. Rasulullah SAW menginsafi bahawa rasul terdahulu sebelum baginda juga berdepan dengan pelbagai fitnah dan kerenah daripada kaumnya.

Ada rasul yang dibunuh dengan kejam seperti Nabi Zakaria dan ada rasul yang dicampak ke dalam api seperti Nabi Ibrahim dan ada juga rasul yang hampir disalib seperti Nabi Isa. Semuanya menjadi motivasi dan pembakar semangat kepada Rasulullah SAW untuk melaksanakan tugas dan tanggungjawabnya yang maha suci.

Firman Allah SWT yang bermaksud: “Sesungguhnya telah datang kepada kamu seorang rasul daripada golongan kamu sendiri (iaitu Nabi Muhammad SAW), yang menjadi sangat berat kepadanya sebarang kesusahan yang ditanggung oleh kamu, yang sangat tamak (inginkan) kebaikan bagi kamu, (dan) ia pula menumpahkan perasaan belas serta kasih sayangnya kepada orang yang beriman.” (At-Taubah : 128)
Walaupun ditawarkan dengan pangkat, harta dan gadis jelita, Rasulullah SAW tidak pernah berganjak, apatah lagi berundur sejengkal dalam perjuangan menyebarkan ajaran tauhid kepada umatnya. Sifat Rasulullah SAW yang mulia ini memberi isyarat kepada musuh-musuh Islam bahawa baginda bukanlah seorang yang gilakan kuasa, apatah lagi tamakkan harta serta kaki perempuan.
Sifat kasih Rasulullah SAW tidak terbatas kepada umat yang hidup sezaman dengan baginda saja. Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Imam Ahmad, Ad-Darimi, Al-Baqawardi dan Ibnu Qani daripada Abi Jum’ah Al-Ansari yang bermaksud: “Berkata dia (Abi Jum’ah Al-Ansari) : Aku bertanya: Ya Rasulullah! Adakah satu kaum yang lebih besar pahalanya daripada kami, padahal kami beriman dan kami mengikut akan (ajaran) engkau? Jawab baginda SAW: Apalah akan halangannya bagi kamu (untuk beriman kepadaku), sedangkan Rasulullah ada di hadapan kamu, dan datang kepada kamu wahyu (langsung) dari langit. Tetapi akan ada lagi satu kaum yang akan datang sesudah kamu, datang kepada mereka kitab Allah yang ditulis di antara dua Luh, maka mereka pun beriman kepadaku dan mereka amalkan apa yang disebut di dalamnya. Mereka itu adalah lebih besar pahalanya daripada kamu.”

Jika dilihat kepada kesungguhan baginda dalam membasmi syirik sekali gus menyebarkan tauhid, sebenarnya ia adalah pemakbulan doa moyang baginda Nabi Ibrahim as seperti yang dirakam dalam al-Quran.

“Ya Tuhan kami, utuskanlah untuk mereka seorang Rasul daripada kalangan mereka, yang akan membacakan kepada mereka ayat Engkau, dan mengajarkan kepada mereka al-kitab (al-Quran) dan al-hikmah (As-Sunnah) serta menyucikan mereka (daripada syirik). Sesungguhnya Engkaulah yang Maha Berkuasa lagi Maha Bijaksana.” (al-Baqarah : 129)

Oleh kerana terlalu besar jasa baginda SAW, maka wajib bagi umatnya menyintai Rasulullah SAW melebihi kecintaan terhadap yang lain. Firman Allah SWT yang bermaksud: “Katakanlah jika bapa kamu dan anak kamu dan saudara kamu dan isteri kamu dan kaum keluarga kamu dan harta kekayaan yang kamu usahakan dan perniagaan yang kamu khuatiri kerugiannya dan rumah tempat tinggal yang kamu sukai, lebih kamu cintai daripada Allah dan Rasul-Nya dan daripada berjihad di jalan-Nya, maka tunggulah sampai Allah mendatangkan keputusan-Nya dan Allah tidak memberi petunjuk kepada orang fasik.” (At-Taubah : 24)


Oleh Mohd Hishammuddin Mansor

2011/02/28

sumber : berita harian

Tuesday, February 1, 2011

Warga GSTT wajar teruskan profesion

CADANGAN Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan Malaysia (NUTP) supaya Guru Sandaran Tidak Terlatih (GSTT) lepasan ijazah diserapkan sebagai guru tetap wajar bagi menampung kekurangan tenaga pengajar terutama di sekolah menengah.

Exco Pemuda UMNO, Jamawi Jaafar, berkata guru terbabit masih diperlukan bagi mengatasi masalah itu terutama membabitkan lokasi di luar bandar dan pedalaman.
Pada masa yang sama pula, beliau berkata, guru bukan lepasan ijazah perlu disambung kontrak perkhidmatan masing-masing berikutan banyak sekolah rendah menghadapi masalah sama.
Pendekatan itu katanya, bertepatan dengan formula situasi menang-menang bagi menampung kekurangan guru yang dihadapi kementerian. Keputusan itu membolehkan GSTT terbabit meneruskan profesion masing-masing.

“Penamatan kontrak GSTT pada 31 Disember lalu menyebabkan berlaku kekurangan guru terutama di kawasan terpencil. Kekurangan ini dikhuatiri berterusan hingga menjejaskan persiapan calon yang akan menduduki Ujian Pencapaian Sekolah Rendah, Penilaian Menengah Rendah dan Sijil Pelajaran Malaysia.

“Berbanding jumlah keseluruhan GSTT seramai 12,000 orang, hanya 1,614 dipanggil semula. Kadar itu terlalu sedikit hingga menyebabkan berlaku kekurangan guru terutama di kawasan tertentu.

“Penamatan kontrak 578 GSTT di Sabah, sebagai contoh, menyebabkan kekurangan 19 guru di Sekolah Menengah Teknik (SMT) Lahad Datu, Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kemabong, Tenom (13) dan SMK Tandek, Kota Marudu (11),” katanya ketika dihubungi Berita Harian, baru-baru ini.
Presiden NUTP, Hashim Adnan, sebelum ini dalam kenyataannya berkata, Kementerian Pelajaran perlu mencari mekanisme khusus untuk menyerap lebih ramai GSTT sebagai guru tetap.

Hashim berkata demikian ketika mengulas kenyataan Timbalan Menteri Pelajaran, Dr Mohd Puad Zarkashi, seramai 1,614 GSTT akan disambung semula kontrak perkhidmatan dalam masa terdekat bagi menampung kekurangan tenaga pengajar.

Beliau berkata, bagi 578 GSTT di Sabah yang ditamatkan kontrak tahun lalu pula, kementerian turut memutuskan mengkaji semula kedudukan mereka berikutan sebahagian besar daripadanya hanya berkhidmat selama dua tahun.

Sumber : Oleh Mohd Azrone Sarabatin
azrone@bharian.com.my
2011/02/02

Sunday, January 30, 2011

KSSR kurangkan tekanan peperiksaan, bina modal insan berkesan

KURIKULUM Standard Sekolah Rendah (KSSR) yang bermula tahun ini adalah transformasi dilakukan Kementerian Pelajaran bagi memastikan sistem pelajaran negara setanding piawaian global.

KSSR menggantikan Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) yang dilaksanakan sejak 1993 mempunyai beberapa penambahbaikan dengan menjadikan kurikulum negara maju sebagai rujukan.

Antara pembaharuan dilaksanakan adalah menerapkan elemen kreativiti dan inovasi, keusahawanan, teknologi maklumat dan komunikasi dalam pengajaran dan pembelajaran (P&P).
Fokus 3M iaitu membaca, menulis dan mengira yang dilaksanakan sejak KBSR ditambah dengan satu lagi aspek iaitu menaakul menjadikannya 4M.

Guru Besar Sekolah Kebangsaan (SK) Taman Bukit Maluri, Saadun Kasim, berkata KSSR masih mengekalkan prinsip KBSR dengan mempunyai penambahbaikan iaitu menggunakan pendekatan bersepadu, perkembangan individu secara menyeluruh, pendidikan sama rata untuk semua murid serta pendidikan seumur hidup.

Beliau yang juga Yang Di Pertua Majlis Guru Besar Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, berkata kurikulum itu turut bersandarkan enam tunjang iaitu komunikasi, perkembangan fizikal dan estetika, kemanusiaan, keterampilan diri, sains dan teknologi serta kerohanian, sikap dan nilai.

Pembaharuan lain diperkenalkan KSSR adalah Sistem Pentaksiran Pendidikan Kebangsaan (SPPK) dengan matlamat mengurangkan tekanan peperiksaan awam, memperkukuh Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS), memperbaiki pembelajaran murid, pentaksiran holistik dan berterusan serta membina modal insan dengan lebih berkesan.
Ada lima kaedah pentaksiran dilaksanakan melalui SPPK iaitu pentaksiran aktiviti jasmani, sukan dan kokurikulum, pentaksiran sekolah, pentaksiran psikometrik, peperiksaan pusat serta pentaksiran pusat.

Di bawah pentaksiran sekolah, setiap sekolah bertanggungjawab melaksanakan sistem pentaksiran sendiri yang dirancang dan diperiksa guru membabitkan murid, ibu bapa dan organisasi luar yang dipecahkan kepada dua iaitu pentaksiran formatif dan pentaksiran sumatif.

Pentaksiran formatif membabitkan proses sepanjang pembelajaran murid menggunakan pelbagai kaedah dalam melapor maklumat selain membuat penilaian sama ada bertulis atau verbal mengenai cara meningkatkan pembelajaran murid.

Guru tidak dibenar membandingkan murid serta meletakkan skala yang menunjukkan kedudukan mereka seperti digunakan sebelum ini.

Pentaksiran sumatif dilakukan pada hujung pembelajaran dengan membuat pertimbangan dan penilaian prestasi murid dalam meneruskan pembelajaran.
Maklumat itu dalam bentuk kualitatif atau kuantitatif mengikut standard ditetapkan sekolah.

Pembaharuan lain ialah segala perkembangan murid dapat dipantau apabila hasil kerja mereka termasuk ujian dan peperiksaan disimpan dalam portfolio. Dokumen itu merekodkan kegiatan dan pencapaian murid sepanjang sesi persekolahannya untuk rujukan guru dan ibu bapa.

Portfolio adalah kaedah pengumpulan hasil kerja murid yang sistematik dan menjadi bukti perkembangan murid sepanjang tempoh pembelajarannya.

Dokumen ini dibahagikan kepada dua iaitu portfolio perkembangan dan pameran.

Portfolio perkembangan menunjukkan perkembangan pembelajaran murid dari semasa ke semasa, membantu guru memantau perkembangan dan membuat pentaksiran serta membolehkan murid melakukan penilaian kendiri dalam menetap matlamat yang hendak dicapai.

Dokumen itu turut membolehkan semua pihak termasuk ibu bapa menilai perkembangan pembelajaran anak dengan tepat, mengesan kekuatan atau kelemahan murid secara berterusan serta mengenal pasti bakat dan minat murid.

Portfolio pameran mempamerkan tahap penguasaan dan pencapaian murid pada akhir tempoh pembelajaran mereka selain sebagai bahan bukti untuk rujukan dan penilaian akan datang, memberi maklumat aptitud murid kepada guru yang akan mengajarnya pada tahun berikutnya serta dijadikan penilaian untuk pemberian penghargaan.

Guru Penyelaras PBS SK Taman Bukit Maluri, Cheong Oi Lai, berkata pendekatan baru ini membolehkan guru menilai murid dengan lebih berkesan dan teratur.

Katanya, portfolio memudahkan guru menyemak rekod pembelajaran murid serta mengetahui kelemahan mereka dan cara mengatasinya.

“Pengukuran tahap pembelajaran murid kini dapat dilakukan menerusi standard prestasi yang berupaya menentukan tahap penguasaan mereka mengikut band bermula dari satu hingga enam.

“Setiap band memiliki penilaian bermula band satu bermaksud murid tahu, band dua (tahu dan faham), band tiga (tahu, faham dan boleh buat), band empat (tahu, faham dan boleh buat dengan beradab), band lima (tahu, faham dan boleh buat dengan beradab terpuji) serta band enam (murid tahu, faham dan boleh buat dengan beradab mithali,” katanya.

Beliau berkata, band satu peringkat paling asas dan menjadi kayu ukur sama ada murid berjaya menguasai sukatan pembelajaran atau tidak sebelum beralih ke band berikutnya.

Ia memberi ruang kepada guru untuk mengetahui dengan lebih mendalam kebolehan murid mengikuti pembelajaran dalam kelas dan mencari jalan penyelesaian untuk mengatasi kelemahan mereka.

Guru Besar SK Bukit Damansara, Zarina Jamil, berkata walaupun ujian bertulis masih dijalankan seperti dulu, proses penilaian KSSR mengambil kira kemahiran insaniah dan kebolehan yang ditonjolkan murid dalam kelas.

“Guru perlu memahami etika perguruan, jujur dalam tugas dan tidak boleh melebihkan murid tertentu demi kepentingan peribadi,” katanya mengulas mengenai kaedah penilaian murid.

Naib Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru SK Bukit Damansara, Datuk Mohd Nadzli Othman, berkata, oleh sebab sebahagian proses penilaian dilakukan oleh sekolah, murid akan berusaha untuk bersaing dengan rakan lain untuk menunjukkan prestasi yang terbaik di samping meningkatkan pencapaian mereka.

Katanya, mereka akan bersaing dengan murid lain untuk menunjukkan prestasi yang terbaik di samping meningkatkan pencapaian mereka.

Kesimpulannya, pengenalan KSSR menggantikan KBSR bermula tahun ini membabitkan murid Tahun Satu adalah inisiatif memperkasa modal insan negara.

sumber : berita harian
Rencana

Isnin , 31 Januari 2011

Friday, January 21, 2011

...Rehlah ila Sungai Tekala..









Aktiviti rehlah akhir semester..Semoga ukhuwah berkekalan hingga ke akhirnya..
Semoga kita semua berjaya dalam mencapai impian masing2..

...Pulau Tali Kail...






Berkayak di pulau mata kail…fuh..x dapat keliling satu pulau.



Cuti semester ini sempat juga aku dan kawan-kawan mengikut cg dan keluarganya bercuti di pulau Tali Kail Tasik Banding. Seperti biasa mulanya cuti Cg akan mengajak kami menyertainya dalam apa jua aktiviti. Kami berkampung di pulau selama 2 hari 1 malam di chalet tersebut..Dari jeti menuju ke Pulau mengambil masa selama 45 minit untuk ke Pulau Tali Kail dengan menaiki Feri berbentuk rumah..Puas juga nak sampai memandangkan feri tersebut bergerak amat perlahan..Maklumlah ramai penumpang haa..barangan lagi.Di keasyikan feri bergerak sempatlah kami menikmati keindahan bukit bukau serta pulau di sekitar tersebut..Air nya amat dalam mencecah 50 kaki jugak dengan menampakkan kehijauannya.


Sekiranya ada masa lapang sesuai laa bagi keluarga untuk mencari ketenangan jiwa terutama apabila sibuk dengan tugasan sebelum ini. Tempat ini menjanjikan ketenangan serta aman damai dek flora Fauna..sesuai juga bagi pengantin baru, usik rakanku..huuu…

Selagimana kita masih hidup di dunia ini gunalah nikmat-nikmat pemberian Allah yang melimpah ruah dengan jalan yang diredhainya serta bersyukur kepadaNya..
Terima kasih Cikgu..