Kata Aluan...

senyumlah...

senyumlah...

Sunday, January 30, 2011

KSSR kurangkan tekanan peperiksaan, bina modal insan berkesan

KURIKULUM Standard Sekolah Rendah (KSSR) yang bermula tahun ini adalah transformasi dilakukan Kementerian Pelajaran bagi memastikan sistem pelajaran negara setanding piawaian global.

KSSR menggantikan Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) yang dilaksanakan sejak 1993 mempunyai beberapa penambahbaikan dengan menjadikan kurikulum negara maju sebagai rujukan.

Antara pembaharuan dilaksanakan adalah menerapkan elemen kreativiti dan inovasi, keusahawanan, teknologi maklumat dan komunikasi dalam pengajaran dan pembelajaran (P&P).
Fokus 3M iaitu membaca, menulis dan mengira yang dilaksanakan sejak KBSR ditambah dengan satu lagi aspek iaitu menaakul menjadikannya 4M.

Guru Besar Sekolah Kebangsaan (SK) Taman Bukit Maluri, Saadun Kasim, berkata KSSR masih mengekalkan prinsip KBSR dengan mempunyai penambahbaikan iaitu menggunakan pendekatan bersepadu, perkembangan individu secara menyeluruh, pendidikan sama rata untuk semua murid serta pendidikan seumur hidup.

Beliau yang juga Yang Di Pertua Majlis Guru Besar Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, berkata kurikulum itu turut bersandarkan enam tunjang iaitu komunikasi, perkembangan fizikal dan estetika, kemanusiaan, keterampilan diri, sains dan teknologi serta kerohanian, sikap dan nilai.

Pembaharuan lain diperkenalkan KSSR adalah Sistem Pentaksiran Pendidikan Kebangsaan (SPPK) dengan matlamat mengurangkan tekanan peperiksaan awam, memperkukuh Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS), memperbaiki pembelajaran murid, pentaksiran holistik dan berterusan serta membina modal insan dengan lebih berkesan.
Ada lima kaedah pentaksiran dilaksanakan melalui SPPK iaitu pentaksiran aktiviti jasmani, sukan dan kokurikulum, pentaksiran sekolah, pentaksiran psikometrik, peperiksaan pusat serta pentaksiran pusat.

Di bawah pentaksiran sekolah, setiap sekolah bertanggungjawab melaksanakan sistem pentaksiran sendiri yang dirancang dan diperiksa guru membabitkan murid, ibu bapa dan organisasi luar yang dipecahkan kepada dua iaitu pentaksiran formatif dan pentaksiran sumatif.

Pentaksiran formatif membabitkan proses sepanjang pembelajaran murid menggunakan pelbagai kaedah dalam melapor maklumat selain membuat penilaian sama ada bertulis atau verbal mengenai cara meningkatkan pembelajaran murid.

Guru tidak dibenar membandingkan murid serta meletakkan skala yang menunjukkan kedudukan mereka seperti digunakan sebelum ini.

Pentaksiran sumatif dilakukan pada hujung pembelajaran dengan membuat pertimbangan dan penilaian prestasi murid dalam meneruskan pembelajaran.
Maklumat itu dalam bentuk kualitatif atau kuantitatif mengikut standard ditetapkan sekolah.

Pembaharuan lain ialah segala perkembangan murid dapat dipantau apabila hasil kerja mereka termasuk ujian dan peperiksaan disimpan dalam portfolio. Dokumen itu merekodkan kegiatan dan pencapaian murid sepanjang sesi persekolahannya untuk rujukan guru dan ibu bapa.

Portfolio adalah kaedah pengumpulan hasil kerja murid yang sistematik dan menjadi bukti perkembangan murid sepanjang tempoh pembelajarannya.

Dokumen ini dibahagikan kepada dua iaitu portfolio perkembangan dan pameran.

Portfolio perkembangan menunjukkan perkembangan pembelajaran murid dari semasa ke semasa, membantu guru memantau perkembangan dan membuat pentaksiran serta membolehkan murid melakukan penilaian kendiri dalam menetap matlamat yang hendak dicapai.

Dokumen itu turut membolehkan semua pihak termasuk ibu bapa menilai perkembangan pembelajaran anak dengan tepat, mengesan kekuatan atau kelemahan murid secara berterusan serta mengenal pasti bakat dan minat murid.

Portfolio pameran mempamerkan tahap penguasaan dan pencapaian murid pada akhir tempoh pembelajaran mereka selain sebagai bahan bukti untuk rujukan dan penilaian akan datang, memberi maklumat aptitud murid kepada guru yang akan mengajarnya pada tahun berikutnya serta dijadikan penilaian untuk pemberian penghargaan.

Guru Penyelaras PBS SK Taman Bukit Maluri, Cheong Oi Lai, berkata pendekatan baru ini membolehkan guru menilai murid dengan lebih berkesan dan teratur.

Katanya, portfolio memudahkan guru menyemak rekod pembelajaran murid serta mengetahui kelemahan mereka dan cara mengatasinya.

“Pengukuran tahap pembelajaran murid kini dapat dilakukan menerusi standard prestasi yang berupaya menentukan tahap penguasaan mereka mengikut band bermula dari satu hingga enam.

“Setiap band memiliki penilaian bermula band satu bermaksud murid tahu, band dua (tahu dan faham), band tiga (tahu, faham dan boleh buat), band empat (tahu, faham dan boleh buat dengan beradab), band lima (tahu, faham dan boleh buat dengan beradab terpuji) serta band enam (murid tahu, faham dan boleh buat dengan beradab mithali,” katanya.

Beliau berkata, band satu peringkat paling asas dan menjadi kayu ukur sama ada murid berjaya menguasai sukatan pembelajaran atau tidak sebelum beralih ke band berikutnya.

Ia memberi ruang kepada guru untuk mengetahui dengan lebih mendalam kebolehan murid mengikuti pembelajaran dalam kelas dan mencari jalan penyelesaian untuk mengatasi kelemahan mereka.

Guru Besar SK Bukit Damansara, Zarina Jamil, berkata walaupun ujian bertulis masih dijalankan seperti dulu, proses penilaian KSSR mengambil kira kemahiran insaniah dan kebolehan yang ditonjolkan murid dalam kelas.

“Guru perlu memahami etika perguruan, jujur dalam tugas dan tidak boleh melebihkan murid tertentu demi kepentingan peribadi,” katanya mengulas mengenai kaedah penilaian murid.

Naib Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru SK Bukit Damansara, Datuk Mohd Nadzli Othman, berkata, oleh sebab sebahagian proses penilaian dilakukan oleh sekolah, murid akan berusaha untuk bersaing dengan rakan lain untuk menunjukkan prestasi yang terbaik di samping meningkatkan pencapaian mereka.

Katanya, mereka akan bersaing dengan murid lain untuk menunjukkan prestasi yang terbaik di samping meningkatkan pencapaian mereka.

Kesimpulannya, pengenalan KSSR menggantikan KBSR bermula tahun ini membabitkan murid Tahun Satu adalah inisiatif memperkasa modal insan negara.

sumber : berita harian
Rencana

Isnin , 31 Januari 2011

Friday, January 21, 2011

...Rehlah ila Sungai Tekala..









Aktiviti rehlah akhir semester..Semoga ukhuwah berkekalan hingga ke akhirnya..
Semoga kita semua berjaya dalam mencapai impian masing2..

...Pulau Tali Kail...






Berkayak di pulau mata kail…fuh..x dapat keliling satu pulau.



Cuti semester ini sempat juga aku dan kawan-kawan mengikut cg dan keluarganya bercuti di pulau Tali Kail Tasik Banding. Seperti biasa mulanya cuti Cg akan mengajak kami menyertainya dalam apa jua aktiviti. Kami berkampung di pulau selama 2 hari 1 malam di chalet tersebut..Dari jeti menuju ke Pulau mengambil masa selama 45 minit untuk ke Pulau Tali Kail dengan menaiki Feri berbentuk rumah..Puas juga nak sampai memandangkan feri tersebut bergerak amat perlahan..Maklumlah ramai penumpang haa..barangan lagi.Di keasyikan feri bergerak sempatlah kami menikmati keindahan bukit bukau serta pulau di sekitar tersebut..Air nya amat dalam mencecah 50 kaki jugak dengan menampakkan kehijauannya.


Sekiranya ada masa lapang sesuai laa bagi keluarga untuk mencari ketenangan jiwa terutama apabila sibuk dengan tugasan sebelum ini. Tempat ini menjanjikan ketenangan serta aman damai dek flora Fauna..sesuai juga bagi pengantin baru, usik rakanku..huuu…

Selagimana kita masih hidup di dunia ini gunalah nikmat-nikmat pemberian Allah yang melimpah ruah dengan jalan yang diredhainya serta bersyukur kepadaNya..
Terima kasih Cikgu..

Tuesday, November 16, 2010

“…HAri RaYa KorBaN…”




Bismillahirrahmanirrahim…
Alunan Takbir serta tahmid yang berkumandang di stesen radio IKIM menambahkan lagi rasa kerinduan terhadap keluarga dan kampung halaman. Mana tidaknya kali ni aku beraya di perantauan iaitu di negeri Sembilan jauh beratus batu dari keluarga. Ini kerana perjuanganku dalam peperiksaan belum selesai lagi…I have two choice is going back to home or study at here..Memandangkan persiapan ku dalam final pun belum bermula, jadi aku memilih untuk tinggal di sini( USIM ) kononnya untuk fokus kepada study week yang berbaki beberapa hari ja lagi.Chaiyok study!!study!!!...heee..

Bersempena juga dengan “ Hari raya korban “ lantas aku memilih untuk berkorban masa dan tenaga demi untuk mencapai kejayaan dalam peperiksaan dan dalam kehidupan dunia mahupun akhirat. Walaupun bukanlah haiwan yang disembelih atau dikorbankan memadailah dengan pengorbanan masa mahupun tenaga bersesuaianlah dengan title Seorang “ pelajar ”. Sedutan dari Solusi Volume 25 : “ Realiti dalam hidup, kita mesti banyak berkorban. Jika tiada harta, kita bolehkan korbankan tenaga, masa dan mungkin perasaan sekalipun pahit.”

Keesokan hari sebahagian umat islam akan mengadakan korban tentulah sekali meriah dek kerja-kerja untuk menguruskan binatang korban tersebut. Bertambah seri lagilah dengan gelagat kenakalan kanak-kanak yang turut sama menyaksikannya..Teringat pula dek kemeriahan hari raya di kampung. Kemeriahan di kampung amat berbeda sekali dibandingkan di Bandar, suasana hari raya di kampung teramatlah meriah dek ziarah menziarahi oleh sanak saudara dan jiran tetangga. Budaya kunjung mengunjung masih lagi berterusan..Keriangan anak saudaraku terasa terngiang-ngiang di benakku oleh gelagat lokek serta tawa ria mereka..Rindu sangatla bila mana mengenangkan saat2 manis tersebut..Duit rayalah menjadi teriakan mereka…Adoii…boleh tahan juga demand anak buah..huhu…

Walaupun aku diperantauan namun masih ada lagi kawan2 seperjuanagan yang tidak dapat beraya bersama keluarga..so tidaklah berapa sunyi…Pada masa yang sama aku juga ada saudara mara yang tinggal di sekitar sini dan InsyaAllah aku akan berkunjung ke rumah mereka..Tidak lupa juga menziarahi lecturer yang berdekatan sini. Ayuh!!!..Hidupkan budaya kunjung mengunjung seperti mana disyariatkan Islam. Raya ni juga tak dapatla aku berkunjung ke rumah kawan2, guru dan sanak saudara di kampung seperti mana tahun lepas..Tapi tak mengapa selagi masih bernafas dan selagi mana merasai nikmat Allah kita masih berkesempatan untuk melaksanakannya. Hakikatnya kita lah mengurusnya..

Akhir kalamku sama-samalah kita mengambil iktibar daripada pengorbanan Nabi Ibrahim a.s ke atas anaknya Nabi Ismail a.s demi ketaatan kepada Allah. Salam eiduladha kepada umat islam di seluruh pelosok dunia, semoga pengorbanan kita di terima Allah dengan keikhlasan yang ditunjukkan. Salam perantauan dan selamat mengulangkaji kepada sahabat2 minni..Kali pertama merasai beraya diperantauan..huhu..

Wednesday, November 10, 2010

..." PERMAI ' 10 DaLaM INgaTaN..."

Alhamdulillah selesai sudah program PERMAI ‘ 10 yang berlangsung selama 3 hari 2 malam di ulu Chembong , Rembau Negeri Sembilan. Sebelum itu, tahniah kepada semua sahabat ISMP kerana berjaya menjayakan program ini. Walaupun pada asalnya pelbagai cabaran dan dugaan yang dihadapi, Alhamdulillah kita dapat juga menjayakannya. Inilah dikatakan ujian dari Allah kepada hamba-hambaNya. Disitulah juga perlunya kita bermujahadah melawan atau mengawal nafsu.

PERMAI’10 merupakan program yang berorientasikan pendidikan untuk mendedahkan kepentingan tarbiah kepada anak-anak muda serta masyarakat tersebut tentang kepentingan mempelajari ilmu. Pelbagai aktiviti yang telah kami laksanakan seperti mini library di mana buku-buku terpakai diletakkan di situ.


Hari pertama kami diagihkan keluarga angkat masing-masing. Disinilah bermulanya titik pertemuan kemesraan anak angkat dan keluarga angkat. Gembira sekali melihatkan gelagat mereka menerima kami sebagai anak angkat. Selama kami berada di sana, keluarga angkat akan datang dan makan bersama-sama seperti sebuah keluarga yang bahagia. Sayangnya majoriti penduduk di situ ramai yang beragama animisme. Disinilah peranan kami sebagai dai’e tetapi mesti ingat kita tidak boleh memaksa mereka untuk menganut Islam.

Walau bagaimanapun perlulah berdakwah secara hikmah dengan menarik minat mereka secara perlahan-lahan terhadap Islam. Pada malamnya pula kami adakan sedikit hiburan untuk penduduk kampung tersebut bagi menarik minat mereka bertandang ke program. Terpancar keletihan diwajah semua rakan namun itu bukan alasan. Aku bermonolog dalam hatiku, “ mana ada program yang tidak memerlukan kesungguhan mahupun pengobanan “ .

Keesokan harinya pula, aktiviti pertama kami ialah masuk ke hutan bersama dengan penduduk kampung untuk pemasangan paip air tetapi dah 70 peratus mereka siapkan. Di dalam hutan pelbagai tumbuhan yang boleh digunakan untuk rawatan penyakit kata seorang ketua kampung. Beliau banyak memperkenalkan kami pada tumbuhan tersebut.

Selain itu, masyarakat orang asli amat kreatif dengan membuat kraftangan hasil daripada tumbuhan hutan. Kedengaran air terjun yang asyik menghempap batu bertambah lagi keseronokkan kami di dalam hutan tersebut walaupun penat menuruni bukit dan cerun. Fuh..subhanAllah nikmatnya...dek kehijauan flora fauna. Sebahagian daripada kami yang tidak memasuki hutan kerana ada aktiviti lain yang sama berlangsung di balairaya. Petangnya pula acara sukaneka yang mana meriah sekali dek gelak ketawa penduduk kampung. Kanak2lah yang paling suka akan sukan sehingga memaksa kami menambah acara sukan untuk mereka. Heee…kesian adik2 penuh muka dengan tepung. Huhu..

Pada malamnya pula aktiviti tayangan video dan juga kuiz di samping kami didedahkan dengan tarian tradisional masyarakat tersebut. Sempat jugala aku dan kawan2 menari tarian konkOng.heeee…

Hari esok merupakan hari yang amat penting dan sangat merisaukan, apa tidaknya Timbalan Menteri turun, YB, NC, KP JHEOA dan TNCA. Malam tu juga la sibuk untuk menyusun kerusi,meja, pentas, hiasan dan sebagainya. Semua AJK tido lewatla malam tu.Ada yang dah lentok dekat kerusi cuma bernasib baik tak jatuh ja. Alaa, biasala mana2 program pun macam tu. Inilah merupakan tarbiah dalam berdakwah, itu pun baru sikit…Keluhan akan membuatkan kita gagal dalam melaksanakan dakwah. Alhamdulillah hari yang dinantikan tiba juga dengan sambutan yang meriah dari orang kampung dan atas kerjasama semuanya program berjalan dengan lancar.


Habis sahaja acara perasmian, tibalah saat perpisahan antara kami semua. “Benarlah setiap pertemuan pasti ada perpisahan..” Amat perit untuk seseorang itu berpisah tapi perpisahan ini hanyalah sementara kerana kita masih lagi hidup di dunia. Cuma masa dan jarak yang memisahkan kita..Masih ada peluang untuk bertemu. Majlis perpisahan diakhiri dengan tangisan manja oleh pelajar dan keluarga angkat. Masing-masing terasa keberatan untuk melepaskan genggaman tangan disamping pelukan yang erat. Inilah mahabbah fillah. Ada yang memberi kiriman hadiah beserta nombor telefon..


Terharunya sehinggakan kami naik bas mereka turut membantu di samping melambai dengan lambaian kesedihan tanda perpisahan yang sementara..Sehingga hari ini telefon aku berdering dengan sms yang bertalu-talu bertanyakan khabar berita dari keluarga angkat dan orang kampung. Ada yang hendak datang menziarah di samping belanja makan. Fuh…sampai ke tahap itu rupanya. Carring betul..

Akhir bicara, syukran kepada rakan2 terutama pensyarah kami yang banyak memberi tunjuk ajar dan maaf salah silap daku pinta terhadap kawan2 yang terasa dengan kelakuan yang kurang senang dariku..Ukhuwah Fillah..
Keluarga angkat ku :ibu – Munaa bt Gento
Bapa – Ibrahim bin joho

Adik 1- siran
Adik 2- haris

Mahasiswa cuba dekati Orang Asli

Bantu kerajaan menyedarkan golongan berkenaan mengenai kepentingan pendidikan

REMBAU - Kementerian Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) menggalakkan mahasiswa di negara ini turun padang bagi membantu kerajaan menyedarkan masyarakat Orang Asli mengenai kepentingan pendidikan.

Timbalan Menterinya, Datuk Hasan Malek berkata, melalui pendekatan sosial seperti menganjurkan program berbentuk kemasyarakatan, mahasiswa dapat menerangkan kepada masyarakat Orang Asli mengenai pendidikan secara lembut dan berkesan.

Menurutnya, pendekatan formal yang digunakan sebelum ini iaitu ceramah kesedaran yang diadakan di seluruh negara tidak begitu berkesan kerana mereka akan melupakan inti pati ceramah sebaik berakhirnya majlis.

“Namun, pendekatan yang digunakan mahasiswa melalui aktiviti kemasyarakatan mampu membantu menyedarkan Orang Asli betapa pentingnya pendidikan.

“Aktiviti ini dijalankan dengan lebih santai tetapi padat informasi pendidikan,” katanya ketika merasmikan Program Eksplorasi Murabbi, anjuran Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) bersama masyarakat pribumi di Kampung Ulu Chembong, di sini.

Hadir sama, Ketua Pengarah Jabatan Hal Ehwal Orang Asli (JHEOA), Datuk Mohd Sani Mistam; Naib Canselor USIM, Profesor Datuk Dr Muhamad Muda dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Chembong, Zaifulbahri Idris.

Hasan berkata, masyarakat Orang Asli diberi tunjuk ajar mengenai kemajuan diri, menguasai ilmu dan memiliki sahsiah terpuji, selain diberi pendedahan dari segi pergaulan bersama orang luar.

“Mereka tidak dipaksa untuk mendengar tetapi diberi pendedahan mengenai kehidupan mahasiswa dan kebaikannya mempunyai pendidikan tinggi.

“Mahasiswa pula mampu menghurai dan memanfaatkan ilmu yang ada untuk kebaikan masyarakat Orang Asli,” katanya.

Menurutnya, pada tahun ini, seramai lima pelajar Orang Asli dihantar ke luar negara melanjutkan pelajaran di bawah tajaan Majlis Amanah Rakyat (Mara).

“Sementara itu, seramai 210 pelajar diterima masuk ke Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dan 121 pelajar masih menunggu rayuan untuk kemasukan bagi Disember ini.

“Kerajaan sentiasa berusaha memastikan pendidi�kan Orang Asli setaraf dengan kaum lain di negara ini supaya mereka tidak terus dianggap ketinggalan dan tidak berpendidikan,” katanya.

Hasan berkata, dengan usaha berterusan dilakukan kementerian melalui JHEOA, ramai masyarakat Orang Asli sudah berjaya dan menjadi golongan profesional.

“Bagaimanapun, jumlah yang berjaya ini perlu ditingkatkan lagi dan kerjasama semua pihak amat diharapkan,” katanya.

sumber : Sinar Harian
Khamis ( 11/11/2010 )

Monday, September 27, 2010

Program Eksplorasi Murabbi Bersama Masyarakat Pribumi 2010

...PERMAI’10...

Anjuran
Pelajar Semester 6 Program Pendidikan,
Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (Pendidikan Islam),
Fakulti Pengajian Bahasa Utama (FPBU)

Kerjasama

Jabatan Hal Ehwal Orang Asli (JHEOA),
Penggerak Masyarakat Orang Asli, Pusat Dakwah Negeri Sembilan,


Tarikh : 5, 6 & 7 November 2010
Tempat : Ulu Chembong, Rembau Negeri Sembilan

Pelajar : 65 orang
Pensyarah : 5 orang


Good luck untuk semua AJK PERMAI10', Semoga kita semua beroleh kejayaan disamping dapat membantu masyarakat orang Asli serta dapat menyampaikan dakwah kepada masyarakat tersebut.Doakan kejayaan kita, semoga Allah memberkati kita semua.Amin Ya Rabb..