Kata Aluan...

senyumlah...

senyumlah...

Wednesday, November 10, 2010

..." PERMAI ' 10 DaLaM INgaTaN..."

Alhamdulillah selesai sudah program PERMAI ‘ 10 yang berlangsung selama 3 hari 2 malam di ulu Chembong , Rembau Negeri Sembilan. Sebelum itu, tahniah kepada semua sahabat ISMP kerana berjaya menjayakan program ini. Walaupun pada asalnya pelbagai cabaran dan dugaan yang dihadapi, Alhamdulillah kita dapat juga menjayakannya. Inilah dikatakan ujian dari Allah kepada hamba-hambaNya. Disitulah juga perlunya kita bermujahadah melawan atau mengawal nafsu.

PERMAI’10 merupakan program yang berorientasikan pendidikan untuk mendedahkan kepentingan tarbiah kepada anak-anak muda serta masyarakat tersebut tentang kepentingan mempelajari ilmu. Pelbagai aktiviti yang telah kami laksanakan seperti mini library di mana buku-buku terpakai diletakkan di situ.


Hari pertama kami diagihkan keluarga angkat masing-masing. Disinilah bermulanya titik pertemuan kemesraan anak angkat dan keluarga angkat. Gembira sekali melihatkan gelagat mereka menerima kami sebagai anak angkat. Selama kami berada di sana, keluarga angkat akan datang dan makan bersama-sama seperti sebuah keluarga yang bahagia. Sayangnya majoriti penduduk di situ ramai yang beragama animisme. Disinilah peranan kami sebagai dai’e tetapi mesti ingat kita tidak boleh memaksa mereka untuk menganut Islam.

Walau bagaimanapun perlulah berdakwah secara hikmah dengan menarik minat mereka secara perlahan-lahan terhadap Islam. Pada malamnya pula kami adakan sedikit hiburan untuk penduduk kampung tersebut bagi menarik minat mereka bertandang ke program. Terpancar keletihan diwajah semua rakan namun itu bukan alasan. Aku bermonolog dalam hatiku, “ mana ada program yang tidak memerlukan kesungguhan mahupun pengobanan “ .

Keesokan harinya pula, aktiviti pertama kami ialah masuk ke hutan bersama dengan penduduk kampung untuk pemasangan paip air tetapi dah 70 peratus mereka siapkan. Di dalam hutan pelbagai tumbuhan yang boleh digunakan untuk rawatan penyakit kata seorang ketua kampung. Beliau banyak memperkenalkan kami pada tumbuhan tersebut.

Selain itu, masyarakat orang asli amat kreatif dengan membuat kraftangan hasil daripada tumbuhan hutan. Kedengaran air terjun yang asyik menghempap batu bertambah lagi keseronokkan kami di dalam hutan tersebut walaupun penat menuruni bukit dan cerun. Fuh..subhanAllah nikmatnya...dek kehijauan flora fauna. Sebahagian daripada kami yang tidak memasuki hutan kerana ada aktiviti lain yang sama berlangsung di balairaya. Petangnya pula acara sukaneka yang mana meriah sekali dek gelak ketawa penduduk kampung. Kanak2lah yang paling suka akan sukan sehingga memaksa kami menambah acara sukan untuk mereka. Heee…kesian adik2 penuh muka dengan tepung. Huhu..

Pada malamnya pula aktiviti tayangan video dan juga kuiz di samping kami didedahkan dengan tarian tradisional masyarakat tersebut. Sempat jugala aku dan kawan2 menari tarian konkOng.heeee…

Hari esok merupakan hari yang amat penting dan sangat merisaukan, apa tidaknya Timbalan Menteri turun, YB, NC, KP JHEOA dan TNCA. Malam tu juga la sibuk untuk menyusun kerusi,meja, pentas, hiasan dan sebagainya. Semua AJK tido lewatla malam tu.Ada yang dah lentok dekat kerusi cuma bernasib baik tak jatuh ja. Alaa, biasala mana2 program pun macam tu. Inilah merupakan tarbiah dalam berdakwah, itu pun baru sikit…Keluhan akan membuatkan kita gagal dalam melaksanakan dakwah. Alhamdulillah hari yang dinantikan tiba juga dengan sambutan yang meriah dari orang kampung dan atas kerjasama semuanya program berjalan dengan lancar.


Habis sahaja acara perasmian, tibalah saat perpisahan antara kami semua. “Benarlah setiap pertemuan pasti ada perpisahan..” Amat perit untuk seseorang itu berpisah tapi perpisahan ini hanyalah sementara kerana kita masih lagi hidup di dunia. Cuma masa dan jarak yang memisahkan kita..Masih ada peluang untuk bertemu. Majlis perpisahan diakhiri dengan tangisan manja oleh pelajar dan keluarga angkat. Masing-masing terasa keberatan untuk melepaskan genggaman tangan disamping pelukan yang erat. Inilah mahabbah fillah. Ada yang memberi kiriman hadiah beserta nombor telefon..


Terharunya sehinggakan kami naik bas mereka turut membantu di samping melambai dengan lambaian kesedihan tanda perpisahan yang sementara..Sehingga hari ini telefon aku berdering dengan sms yang bertalu-talu bertanyakan khabar berita dari keluarga angkat dan orang kampung. Ada yang hendak datang menziarah di samping belanja makan. Fuh…sampai ke tahap itu rupanya. Carring betul..

Akhir bicara, syukran kepada rakan2 terutama pensyarah kami yang banyak memberi tunjuk ajar dan maaf salah silap daku pinta terhadap kawan2 yang terasa dengan kelakuan yang kurang senang dariku..Ukhuwah Fillah..
Keluarga angkat ku :ibu – Munaa bt Gento
Bapa – Ibrahim bin joho

Adik 1- siran
Adik 2- haris

No comments:

Post a Comment