Kata Aluan...

senyumlah...

senyumlah...

Wednesday, July 21, 2010

Saturday, July 10, 2010

Program Motivasi Form 2 SMKBaling






Cuti semester yang lepas kami selaku bekas pelajar- pelajar smkb telah mengadakan satu program yang berbentuk motivasi bersama adik-adik tingkatan 2 sekolah SMKBaling.Program ini tercetus hasil daripada idea-idea guru kaunseling dan pendidikan islam SMKB serta turut dibantu oleh beberapa guru ROS dari pelbagai Universiti.Program tersebut diadakan pada 3 julai 2010 yang lalu disertai dengan beberapa fasilitator terdiri daripada USIM, UPSI, UPM, UnisZA, UTM, UM dan UUM. Kesemua fasilitator tersebut adalah merupakan bekas pelajar di sekolah berkenaan.Tujuan program ini ialah untuk memberi suntikan semangat kepada adik-adik tentang prospek kejayaan mereka apabila mengambil peperiksaan awam nanti seterusnya mengikut jejak langkah kami ke menara gading.Sebagai salah seorang FC, saya ingin merakamkan ribuan terima kasih kepada rakan-rakan yang turut membantu bagi menjayakan program tersebut terutama sekali guru kaunseling SMKB yang banyak menolong dalam menjayakan program ini.I.Allah sekiranya ada kelapangan masa bolehla bersama lagi untuk program yang akan datang..

Sunday, May 23, 2010

Huru-hara kiamat

SURAH al-Takwir ini termasuk dalam kategori surah Makkiah. Ia berjumlah 29 ayat dan diturunkan selepas surah al-Masad. Hubungan surah ini dengan surah Abasa yang terdahulu ialah kedua-duanya menceritakan peristiwa hari kiamat dan bala bencananya.

Imam Ahmad, al-Tirmizi dan al-Hakim meriwayatkan hadis daripada sahabat Umar r.a yang mengatakan bahawa: Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: "Sesiapa yang ingin melihat hari kiamat yang seolah-olah dia melihat dengan mata kepalanya, maka bacalah: Idhashshamsu kuwwirat, idhassama'un fatarat dan idhassama'un shaqqat".

Firman Allah SWT: Apabila matahari dilingkari cahayanya (dan hilang lenyap).

Al-Maraghi berkata: Tanda-tanda datangnya hari Kiamat ialah ketika matahari digulung, cahayanya pudar dan hilang ketika dunia mengalami kehancuran sehingga tidak ada satu pun benda di alam lain yang boleh menggantikan benda-benda itu.

Firman Allah SWT: Dan apabila bintang-bintang gugur berselerak.

Syed Qutb berkata: Gugurnya bintang dimaksudkan ia kelak akan terjatuh bertaburan dari sistem yang mengikatnya dan akan padam cahayanya. Allah SWT sahaja yang tahu bintang manakah yang akan jatuh bertaburan.

Adakah kumpulan bintang-bintang yang dekat dengan kita atau galaksi yang terdiri dari ratusan juta bintang atau seluruh bintang yang tidak diketahui bilangannya melainkan Allah SWT.

Namun, yang pastinya ada bintang-bintang yang akan gugur bertaburan pada hari kiamat sebagaimana yang telah dijelaskan oleh berita yang benar ini. Tiada siapa yang mengetahuinya melainkan Allah SWT sahaja.

Firman Allah SWT: Dan apabila gunung-ganang diterbangkan ke angkasa (setelah dihancurkan menjadi debu)

Al-Maraghi berkata: Sehingga ikatannya terlepas dan terhempas di padang sahara dan terbang dibawa awan di atas kepala.

Firman Allah SWT: Dan apabila unta-unta yang bunting terbiar.

Menurut al-Qurtubi bahawa tidak terurusnya unta bunting pada saat itu hanyalah sebagai perlambangan sahaja. Ini disebabkan pada hari kiamat sudah tidak ditemui unta bunting.

Tuhan menggambarkan huru-hara hari Kiamat bagaikan satu keadaan di mana seseorang berangan-angan mempunyai unta bunting 10 bulan yang nescaya unta itu akan dibiarkan sahaja kerana amat sibuk menjaga urusan dirinya sendiri yang lebih kritikal itu.

Firman Allah SWT: Dan apabila binatang-binatang liar dihimpunkan.

Ibn kathir berkata: Dan umat manusia telah mengabaikan unta-unta pilihannya yang sedang bunting serta mengabaikan urusan kebajikannya sedangkan sebelum ini binatang itulah yang disayangi.

Ini kerana mereka disibukkan dengan hal yang lebih utama tanpa memikirkan kewujudan hari kiamat dan peristiwa lain yang akan berlaku.

Firman Allah SWT: Dan apabila lautan meluap-luap bercampur-baur.

Al-Maraghi berkata: Ia juga bermaksud laut meluap. Perkara ini disebabkan airnya bergelombang bagaikan lautan api kerana di dalam perut bumi terdapat magma yang dapat menggegarkan permukaan bumi.

Pada ketika itu air mendidih dan terus berwap sehingga yang tinggal hanya bara api sahaja. Kajian saintifik telah menetapkan bahawa di perut bumi terdapat gunung-gunung berapi yang selalu bergejolak dan menimbulkan gempa bumi yang hebat boleh menghancurkan dataran bumi dan gunung-ganang di beberapa daerah.

Contohnya gempa bumi yang telah terjadi di Nessina, Itali pada tahun 1909 dan kemudian di Jepun. Dalam beberapa hadis disebutkan: "Bahawa laut itu adalah penutup neraka jahanam".

Firman Allah SWT: Dan apabila tiap-tiap diri disatukan dengan pasangannya.

Iaitu ketika jiwa itu kembali kepada jasadnya ketika memasuki awal kehidupan akhirat. Pendapat ini daripada Ikrimah, al-Dahhak dan al-Sya'bi.

Firman Allah SWT: Dan apabila anak perempuan yang ditanam hidup-hidup: ditanya, dengan dosa apakah ia dibunuh?

Syed Qutb berkata: Kerendahan jiwa manusia di zaman jahiliah mengakibatkan tersebarnya adat menanam anak perempuan hidup-hidup kerana takut malu dan miskin. Adat ini telah diceritakan oleh al-Quran sebagai merakamkan keburukan zaman jahiliah. Ketika inilah Islam datang menyelamatkan umat arab dari jurangnya yang dalam dan mengangkat darjat manusia seluruhnya.

Firman Allah SWT: Dan apabila surat-surat amal dibentangkan.

Ibn Kathir berkata: Oleh yang demikian, hendaklah seseorang memperhatikan dengan apa dia mengisi lembaran catatannya.

Mujahid berkata: Iaitu ditarik. Sedangkan al-Suddi berkata: Iaitu dibuka dan al-Dahhak mengemukakan: Mengelupas dan kemudian menghilang.

Firman Allah SWT: Dan apabila langit ditanggalkan dari tempatnya.

Al-Maraghi berkata: Ketika langit sudah terbuka secara keseluruhan sehingga tidak ada lagi apa yang dikatakan atas dan bawah.

Firman Allah SWT: Dan apabila neraka dinyalakan menjulang.

Al-Qatadah berkata: Neraka itu dinyalakan oleh murka Allah SWT dan pelbagai kesalahan anak cucu Adam a.s.

Firman Allah SWT: Dan apabila syurga didekatkan.

Al-Dahhak, Abu Malik, al-Qatadah dan al-Rabi' bin Khaitsam berkata: Iaitu mendekati para penghuninya.

Firman Allah SWT: (setelah semuanya itu berlaku), tiap-tiap orang akan mengetahui tentang amal yang telah dibawanya.

Al-Maraghi berkata: Pada saat seluruh kejadian yang telah diterangkan di atas berlaku, barulah setiap orang mengetahui amalannya yang diterima dan yang ditolak.

Kebanyakan manusia yang sewaktu hidupnya di dunia ini tertipu oleh pujuk rayu syaitan, pada hari kiamat kelak akan mendapati amalan-amalan mereka itu ditolak dan tidak dihargai Allah SWT. Bahkan amalan itu dijauhkan daripada Allah SWT serta dia mendapat kemurkaan-Nya.

Orang yang melakukan amalannya dengan riak untuk dilihat oleh orang ramai, maka amalannya itu hanya dianggap usaha yang sia-sia sahaja dan tidak diterima oleh Allah SWT.

Oleh sebab itu, kita wajib memandang perbuatan kita dengan kacamata Islam dan menimbangnya dengan timbangan yang benar. Allah SWT hanya menerima amalan yang lahir daripada hati yang berisi keimanan, penuh cinta dan mengharapkan keredaan-Nya serta melakukan kewajipan-Nya dengan bersungguh-sungguh.

Semoga kita bertambah keimanan berkenaan dengan hari kiamat dan seterusnya menjadikan kita golongan yang mendapat keredaan daripada-Nya. Amin.

Oleh DR. ZULKIFLI MOHAMAD ALBAKRI
Bekas Pensyarah USIM

Saturday, May 8, 2010

...SELAMAT HARI IBU....


...SELAMAT MENYAMBUT HARI IBU BUAT BONDAKU YANG TERSAYANG...Segala jasa dan pengorbananmu selama melahirkan kami, membesarkan kami, menyusukan kami serta mendidik kami akan kami tidak lupakan.Betapa besar pengorbananmu tidak terbalas mahu pun dengan wang ringgit atau emas permata.Keikhlasan yang terpancar di wajahmu membuatkan kami bertambah cinta dan sayang akanmu ibu.
Pintamu hanyalah menginginkan anak yang soleh iaitu selalu mendoakanmu, menjagamu apabila tua nanti serta menjaga kebajikan dan berjaya dunia dan akhirat..I.Allah kami akan turuti segala kemahuanmu ibu.
Happy Mothers Day buat semua ibu di seluruh negara..

Sunday, May 2, 2010

…..CEBISAN KENANGAN….




Selangkah awal ku menjejakkan kaki ke IPTA adala di UDM yang dahulunya terkenal dengan panggilan KUSZA..tapi bukan aku nak cerita pasal penubuhan Universiti, cuma nak berkongsi pengalaman suka dan dukaku sewaktu berada di sana.Dari Kedah hingga ke Terengganu, itulah kali pertama aku menjejak kaki ke Pantai Timur, nak pulak udm dekat ngan laut..Fuh.. terasa macam nak lepak ja kat pantai..Huhu..Secara ringkasnya, kat udm tu aku ambil jurusan Ijazah Sarjana Dakwah tapi sayangnya tak lama aku dekat sana sebab aku tukar kos kepada jurusan Pendidikan Islam.Sebelum itu aku ada beberapa orang sahabat yang sangat rapat, ke mana saja kami pergi mesti akan bersama walaupun ke kelas, jalan-jalan dan ke kafe..
Nama seperti Met, Fitri, Shai,Yan dan Fendi akan sentiasa terpahat diingatanku, kelas kami takkan ceria tanpa kelibat keempat-empat orang ini hatta pensyarah yang agak syadid sekalipun akan senyum juga dengan perwatakan kami..Aku belajar dekat sana x lama hanya sempat satu semester ja.. Shai dengan tittle Tahfiznya membuatkan kami bertambah seronok sebab selalu berkongsi ilmu tahfiz dan celoteh lucunya.Met pula akan sentiasa membuatkan kami tertawa besar di mana sahaja kami bersamanya selagi ada kelibatnya.Perwatakan yang peramah membuatkan semua kawan menyukainya walaupun tersembunyi juga sikap malunya.Ada saja cerita darinya..hehehe…Yan pula selalu mengusik si Met, di kelas atau di mana saja mereka berdua umpama anak dan bapa.Manakala sahabat sejatiku iaitu Fitri juga mempunyai perwatakan yang istimewa, walaupun nampak “slow” tapi dia antara yang terbaik dalam kalangan kami, selalu berkongsi masalah, open minded suka bercerita sal zaujah.hahaha.besala namapun lelaki kan.
Kala petang mesti kami akan bersama-sama bersukan atau pun paling tidak ambik angin kat kawasan-kawasan tepi pantai.Fendi pula selalu digelar “Gemuk”oleh kami tapi dia seorang yang penyayang.Jahatkan kami, sorry Fendi kalo masih marah.heeee..Aku pula macam besala perwatakan yang agak slow tapi agak aktif dalam aktiviti yang melibatkan riadah dan sebagainya.Sekadar suka-suka dan hilangkan tension kan.Ummu Salamah 222 bilikku yang senantiasa menjadi bilik tempat lepak sambil berbual-bual dan minum-minum.heee..Masa berbuka puasa situ jugakla port kami.Banyakla kenangan kat situ..Aktiviti luar kami ialah kami akan ke Kuala Terengganu bersama-sama, pakat-pakat mencari kepok lekor dan barang-barang seperti baju dan sebagainya.Kemudian kami akan singgah dekat gerai Air Buah gelas besar disamping Shai menjadi pemandu pelancong kami.Maklumlah orang Ganu kan, mestila cakna pasal kami.Aku sangat merindui saat-saat macam nie..Cakap pasal makan kami selalu pergi ke kedai mok nah, banyak lauk yang sedap kat situ tak lupa menu istimewa ku ikan bakarla.huhuu…Habis kelas disitulah destinasi kami..

Selama satu sem sebulan aku dekat Udm banyakla suka duka yang aku tak sempat nak coretkan kat sini.Bukan setakat empat orang itu saja rakan sekelasku tapi masih ada lagi yang lain seperti Khai, Ayie, Kak alia, Kak haiza, Kak mas, Aisyah,farhana dan ramai lagi.Kakak – kakak yang senang didekati dan sporting memudahkan kami bertanyakan tentang hal melibatkan pelajaran.Maklumlah first time kat IPT.Heee…Berbalik kepada pengajianku, Sebenarnya tak lama aku berada dalam kos Dakwah tersebut kerana bulan 9 ada pengambilan untuk pelajar-pelajar ISMP di beberapa buah universiti.Aku, Met, Yan, Shai dan beberapa kawan yang lain tidak melepaskan peluang untuk mencuba mohon.Tapi sebelum tu kami berempat dah sepakat untuk stay kat Udm sebagai pilihan pertama dan kedua Usim.Akhirnya kami berpisah tapi yang bestnya aku dapat kat USIM.Yang lain rezki dioarang kat udm juga.heeeee…Awalnya, aku dah tak jadi pergi sebab nak stay ngan kawan-kawan dalam kos dakwah.Memandangkan ramai yang dah tak ada, atas alasan keduaku untuk lari dari subjek Arab jadi aku berfikir semula.Aku mula pertimbangkan pasal minat..Atas nasihat kawan-kawan, pensyarah, guru, mak ayah dan seterusnya solat istikharah aku jadi lebih cenderung kepada minat tersebut.
Dalam masa yang sama, Met ada memperkenalkan aku dengan rakan sekolahnya yang sama kos denganku di Usim.Hal ini membuatkan aku senang untuk bertanyakan pasal keadaan kat sana, walaupun aku dah lewat sebulan tapi masih ada peluang.Banyak juga yang aku ketinggalan, nasib baikla ada yang sudi menghulurkan bantuan.Terima kasih atas segalanya.Bermulalah episod perjalananku di USIM. Agak berat juga nak tinggal kawan-kawan tapi mereka banyak bagi semangat kepadaku di samping biah kampus yang islamik membuatkan hatiku merasa berat untuk tinggalkan. Soal ukuwah kat sana pun memang baik. Sedihla juga.huhu..Tapi aku teringat akan kata-kata seorang ustaz, Sesungguhnya Allah maha mengetahui apa yang dia rencanakan.Jadi aku berpegang akan kata-kata tersebut sebagai nadi kekuatanku.Kepada kawan-kawanku selamat berpraktikal dan selamat menjadi graduan yang berjaya.Doakan aku dan kawan-kawan disini pula..sedikit coretan sebagai cebisan kenanganku…

Friday, April 16, 2010

SELAMAT MENGHADAPI FINAL EXAM..




SELAMAT MENGHADAPI PEPERIKSAAN AKHIR BAGI SEMESTER INI KEPADA SAHABAT2 DARI USIM KHUSUSNYA TARBIAH ISLAMIYYAH DAN SAHABAT2 DI SELURUH IPT...SEMOGA KITA SEMUA BERJAYA DALAM PEPERIKSAAN DI SAMPING MENDAPAT ILMU SEBANYAK YANG MUNGKIN..SALAH SILAP HARAP DIMAAFKAN..SALAM IMTIHAN DARIPADA ANA..GOOD LUCK!!

Monday, April 12, 2010

Khalifah Umar bin Abdul Aziz Yang Agung

Biodata Ringkas
Nama : Abu Jaafar Umar bin Abdul Aziz bin Marwan bin Hakam
Nama Ibu : Laila binti 'Asim bin Umar bin Al-Khatab
Tahun Lahir : 61H
Umur : 39 tahun
Tarikh Wafat : 101H
Jawatan : Khalifah Ke 6 Bani Umaiyyah
Tarikh Lantikan : Safar 99H @ 717M
Lama Berkhidmat : 2 tahun 5 bulan
Pendidikan
Beliau telah menghafaz al-Quran sejak masih kecil lagi. Merantau ke Madinah untuk menimba ilmu pengetahuan. Beliau telah berguru dengan beberapa tokoh terkemuka spt Imam Malik b. Anas, Urwah b. Zubair, Abdullah b. Jaafar, Yusuf b. Abdullah dan sebagainya. Kemudian beliau melanjutkan pelajaran dengan beberapa tokoh terkenal di Mesir.
Beliau telah dipanggil balik ke Damsyik oleh Khalifah Abdul Malik b. Marwan apabila bapanya meninggal dunia dan dikahwinkan dengan puteri Khalifah, Fatimah bte Abdul Malik (sepupunya)
Sifat-Sifat Peribadi
Beliau mempunyai keperibadian yang tinggi, disukai ramai dan warak yang diwarisi dari datuknya Saidina Umar b Al-Khatab. Baginda amat berhati-hati dengan harta terutamanya yang melibatkan harta rakyat. Sesungguhnya kisah Khalifah Umar bin Abdul Aziz yang menyediakan dua lilin di rumahnya, satu untuk kegunaan urusan negara dan satu lagi untuk kegunaan keluarga sendiri tentunya telah diketahui umum dan tidak perlu diulang-ulang.
Sebagai seorang yang zuhud, kehidupannya semasa menjadi Gabenor Madinah dan Khalifah adalah sama seperti kehdupannya semasa menjadi rakyat biasa. Harta yang ada termasuk barang perhiasan isterinya diserahkan kepada Baitulmal dan segala perbelanjaan negara berdasarkan konsep jimat-cermat dan berhati-hati atas alasan ia adalah harta rakyat. Ini terbukti apabila beliau dengan tegasnya menegur dan memecat pegawai yang boros dan segala bentuk jamuan negara tidak dibenarkan menggunakan harta kerajaan.
Pada suatu hari beliau berkhutbah yang mana antara isinya adalah seperti berikut :
"Setiap orang yang musafir mesti memperlengkapi bekalannya. Siapkanlah taqwa dalam perjalanan kamu dari dunia menuju akhirat. Pastikan dirimu sama ada mendapat pahala atau siksa, senang atau susah."
"Jangan biarkan masa berlalu sehingga hatimu menjadi keras dan musuh sempat mengoda. Sebaik-baiknya saudara menganggap bahawa hidup pada petang hari tidak akan sampai ke pagi hari dan hidup pada pagi hari tidak akan sampai ke petang hari. Memang tidak jarang terjadi kematian ditengah-tengahnya"
"Saudara-saudara dapat menyaksikan sendiri bahawa ramai orang yang tertipu dengan dunia, padahal orang yang layak bergembira tidak lain kecuali orang yang selamat daripada siksaan Allah SWT dan orang yang lepas dari tragedi hari qiamat."
"Sementara orang yang tidak mahu mengubati yang sudah luka, kemudian datang lagi penyakit lain, bagaimana mungkin mahu bergembira ? Saya berlindung kepada Allah SWT daripada perbuatan yang tidak aku pegangi dan amalkan sendiri. Seandainya begitu, alangkah rugi dan tercelanya aku. Dan jelaslah tempatku nanti pada hari yang jelas kelihatan siapa yang kaya dan siapa yang miskin".
"Di sana nanti akan diadakan timbangan amal serta manusia akan diserahi tanggungjawab yang berat. Seandainya tugas itu dipikul oleh binatang-binatang nescaya ia akan hancur, jika dipikul oleh gunung nescaya ia akan runtuh, kalau dipikul oleh bumi nescaya bumi akan retak. Saudara-saudara belum tahu bahawa tiada tempat di antara Syurga dan Neraka ? Kamu akan memasuki salah satu daripadanya."
"Ada seorang lelaki yang mengirim surat kepada rakannya yang isinya : "Sesungguhnya dunia ini adalah tempat bermimpi dan akhirat barulah terjaga" Jarak pemisah antara keduanya adalah mati. Jadi, kita sekarang sedang bermimpi yang panjang"
Terdapat banyak riwayat dan athar para sahabat yang menceritakan tentang keluruhan budinya. Di antaranya ialah :
1) At-Tirmizi meriwayatkan bahawa Umar Al-Khatab telah berkata : "Dari anakku (zuriatku) akan lahir seorang lelaki yang menyerupainya dari segi keberaniannya dan akan memenuhkan dunia dengan keadilan"
2) Dari Zaid bin Aslam bahawa Anas bin Malik telah berkata : "Aku tidak pernah menjadi makmum di belakang imam selepas wafatnya Rasulullah SAW yang mana solat imam tersebut menyamai solat Rasulullah SAW melainkan daripada Umar bin Abdul Aziz dan beliau pada masa itu adalah Gabenor Madinah"
3) Al-Walid bin Muslim menceritakan bahawa seorang lelaki dari Khurasan telah berkata : "Aku telah beberapa kali mendengar suara datang dalam mimpiku yang berbunyi : "Jika seorang yang berani dari Bani Marwan dilantik menjadi Khalifah, maka berilah baiah kepadanya kerana dia adalah pemimpin yang adil"." Lalu aku menanti-nanti sehinggalah Umar b. Abdul Aziz menjadi Khalifah, akupun mendapatkannya dan memberi baiah kepadanya".
4) Qais bin Jabir berkata : "Perbandingan Umar b Abdul Aziz di sisi Bani Ummaiyyah seperti orang yang beriman di kalangan keluarga Firaun"
5) Hassan al-Qishab telah berkata :"Aku melihat serigala diternak bersama dengan sekumpulan kambing di zaman Khalifah Umar Ibnu Aziz"
6) Umar b Asid telah berkata :"Demi Allah, Umar Ibnu Aziz tidak meninggal dunia sehingga datang seorang lelaki dengan harta yang bertimbun dan lelaki tersebut berkata kepada orang ramai :"Ambillah hartaku ini sebanyak mana yang kamu mahu". Tetapi tiada yang mahu menerimanya (kerana semua sudah kaya) dan sesungguhnya Umar telah menjadikan rakyatnya kaya-raya"
7) 'Atha' telah berkata : "Umar Abdul Aziz mengumpulkan para fuqaha' setiap malam. Mereka saling ingat memperingati di antara satu sama lain tentang mati dan hari qiamat, kemudian mereka sama-sama menangis kerana takut kepada azab Allah seolah-olah ada jenayah di antara mereka."
Umar Ibnu Aziz Sebagai Khalifah
Beliau dilantik menjadi Khalifah stelah kematian sepupunya, Khalifah Sulaiman atas wasiat khalifah tersebut. Setelah mengambil alih tampuk pemerintahan, beliau telah mengubah beberapa perkara yang lebih mirip kepada sistem fuedal. Di antara perubahan awal yang dilakukannya ialah :
1) menghapuskan cacian terhadap Saidina Ali b Abu Thalib dan keluarganya yang disebut dalam khutbah-khutbah Jumaat dan digantikan dengan beberapa potongan ayat suci al-Quran
2) merampas kembali harta-harta yang disalahgunakan oleh keluarga Khalifah dan mengembalikannya ke Baitulmal
3) memecat pegawai-pegawai yang tidak cekap, menyalahgunakan kuasa dan pegawai yang tidak layak yang dilantik atas pengaruh keluarga Khalifah
4) menghapuskan pegawai peribadi bagi Khalifah sebagaimana yang diamalkan oleh Khalifah terdahulu. Ini membolehkan beliau bebas bergaul dengan rakyat jelata tanpa sekatan tidak seperti khalifah dahulu yang mempunyai pengawal peribadi dan askar-askar yang mengawal istana yang menyebabkan rakyat sukar berjumpa.
Selain daripada itu, beliau amat mengambil berat tentang kebajikan rakyat miskin di mana beliau juga telah menaikkan gaji buruh sehingga ada yang menyamai gaji pegawai kerajaan.
Beliau juga amat menitik beratkan penghayatan agama di kalangan rakyatnya yang telah lalai dengan kemewahan dunia. Khalifah umar telah memerintahkan umatnya mendirikan solat secara berjammah dan masjid-masjid dijadikan tempat untuk mempelajari hukum Allah sebegaimana yang berlaku di zaman Rasulullah SAW dan para Khulafa' Ar-Rasyidin. Baginda turut mengarahkan Muhammad b Abu Bakar Al-Hazni di Mekah agar mengumpul dan menyusun hadith-hadith Raulullah SAW.
Dalam bidang ilmu pula, beliau telah mengarahkan cendiakawan Islam supaya menterjemahkan buku-buku kedoktoran dan pelbagai bidang ilmu dari bahasa Greek, Latin dan Siryani ke dalam bahasa Arab supaya senang dipelajari oleh umat Islam.
Dalam mengukuhkan lagi dakwah Islamiyah, beliau telah menghantar 10 orang pakar hukum Islam ke Afrika Utara serta menghantar beberapa orang pendakwah kepada raja-raja India, Turki dan Barbar di Afrika Utara untuk mengajak mereka kepada Islam. Di samping itu juga beliau telah menghapuskan bayaran Jizyah yang dikenakan ke atas orang yang bukan Islam dengan harapan ramai yang akan memeluk Islam.
Khalifah Umar b Abdul Aziz yang terkenal dengan keadilannya telah menjadikan keadilan sebagai keutamaan pemerintahannya. Beliau mahu semua rakyat dilayan sama adil tidak mengira keturunan dan pangkat supaya keadilan dapat berjalan dengan sempurna. Keadilan yang beliau perjuangan adalah menyamai keadilan di zaman datuknya, Khalifah Umar Al-Khatab ! yang sememangnya dinanti-nantikan oleh rakyat yang selalu ditindas oleh pembesar yang angkuh dan zalim sebelumnya.....
Beliau akhirnya menghembuskan nafasnya yang terakhir setelah memerintah selama 2 tahun 5 bulan
2 tahun 5 bulan satu tempoh yang terlalu pendek bagi sebuah pemerintahan....
Tetapi Khalifah Umar b Abdul Aziz telah membuktikan sebaliknya. Dalam tempoh tersebut, kerajaan Umaiyyah semakin kuat tiada pemberontakan dalaman, kurang berlaku penyelewengan, rakyat mendapat layanan yang sewajarnya dan menjadi kaya-raya hinggakan Baitulmal penuh dengan harta zakat kerana tiada lagi orang yang mahu menerima zakat........kebanyakannya sudah kaya ataupun sekurang-kurangnya boleh berdikari sendiri..
Semua ini adalah jasa Khalifah Umar b Abdul Aziz yang sangat masyhur, adil dan warak yang wajar menjadi contoh kepada pemerintahan zaman moden ini....hanya 852 hari dapat mengubah sistem pemerintahan ke arah pemerintahan yang diredahi Allah dan menjadi contoh sepanjang zaman..satu rekod yang sukar diikuti oleh orang lain melainkan orang yang benar-benar ikhlas.....!!!


Al Faqiir, Abdul Manaf
abdmanaf@singnet.com.sg
"Semakin Bertambah Ilmu Ku, Semakin Jahil Ku Rasa" Imam Asy Syafie