Kata Aluan...

senyumlah...

senyumlah...

Saturday, December 19, 2009

RAYUAN HAMBA

Ku rebahkan keakuan yang terpaksi
Meredakan kekalutan dalam diri
Tuhan ganjarkan upaya
Untukku menyusuri jalanMu
Agar tak tersasar haluan kiblatku
Oh Tuhan

Ku dambakan kasihMu
Rahmatilah hidupKu
Hamparkan cintaMu buatku
Oh Tuhan

Ku rindukan sayangMu
Redhailah diriku
Di situ letaknya syurgaku
Oh Tuhan

Hanya Dikau tempatku mengadu
Dengarkanlah sendu rayuku
Tiada aku tanpaMu
Oh Tuhan
Berkati hidupku di dunia dan akhirat

Siapalah diriku
Di hadapan kudratMu
Insan yang tidak berdaya
Oh Tuhan

Ku pohonkan dari Mu
Perkenankan doaku
Ampunilah dosa hambaMu
Oh Tuhan
Hingga sampai waktuku berundur

Kesaksian tetap di junjung
Hidup mati kernaMu
Oh Tuhan
Limpahan Maghfirah yang amat ku harapkan…

Lirik Kumpulan FIRDAUS

Saturday, December 12, 2009

Maal Hijrah


Lebih kurang seminggu lagi umat islam di seluruh pelusuk dunia akan menyambut ketibaan Awal Muharram atau Maal Hijrah.Sejarah Islam telah terbukti melalui peristiwa penghijrahan junjungan Mulia Nabi Muhammad s.a.w dari Kota Makkah ke Kota Madinah pada tahun 622 masihi berlaku pada 1 Muharam dan merupakan permulaan bagi Takwim Hijrah.

Sebagai pelajar kita haruslah mencontohi baginda Rasulullah s.a.w menjadi ikon atau ikutan dalam kehidupan seharian.Pelbagai peristiwa penting yang berlaku dalam penghijrahan Nabi s.a.w.

Syariat Islam menyatakan bahawa sistem kalendar Islam adalah berdasarkan kalendar Hijriyah. Ini berdasarkan firman Allah s.w.t. yang termaktub dalam surat at-Taubah ayat 36 yang bermaksud :

Sesungguhnya bilangan bulan di sisi (hukum) Allah ialah 12 bulan (yang telah ditetapkan) dalam kitab Allah semasa Dia menciptakan langit dan bumi, di antaranya empat bulan yang dihormati. Ketetapan yang demikian itu ialah agama yang betul lurus, maka janganlah bulan yang dihormati itu (dengan melanggar larangan-Nya).

Dan perangilah kaum kafir musyrik seluruhnya sebagaimana mereka memerangi kamu seluruhnya. Dan ketahuilah sesungguhnya Allah beserta orang-orang yang bertakwa.
Firman Allah tersebut dijelaskan oleh sabda Rasulullah s.a.w. yang diriwayatkan oleh Imam al-Bukhari daripada Abu Bakrah yang bermaksud :

Waktu telah kembali kepada keadaannya semula pada saat Allah s.w.t. menciptakan langit dan bumi. (Satu) tahun itu ada dua belas bulan, di antaranya ada empat bulan yang dihormati , tiga bulan berturut-turut iaitu Zulkaedah, Zulhijah, dan Muharam, satu lagi Rejab berada antara bulan Jamadilakhir dan Syaaban. (Riwayat Bukhari).

Oleh yang demikian, tidak hairanlah apabila Khalifah Umar al-Khattab menetapkan peristiwa hijrahnya Nabi Muhammad s.a.w. dengan sahabat-sahabatnya dari kota Mekah ke Madinah sejauh kira-kira 450 km itu sebagai tahun pertama dalam Islam yang dinamakan dengan tahun Hijriyah.

Justeru perlulah kita mengambil iktibar darinya.Bersempena dengan ketibaan hari tersebut, kita perlulah menyambutnya dengan pelbagai aktiviti yang berbentuk kerohanian.Ini salah satu daripada jalan dakwah untuk mengubah sikap kita yang materialistik, dosa dan maksiat, serta hilangnya ukhuwwah antara mukmin perlulah diperbaiki.Hijrah dari segi sikap yang negatif kepada positif atau erti kata lain dari dosa kepada pahala adalah amat wajar sekali.Dewasa ini pelbagai jenayah dan bencana alam telah menimpa masyarakat dunia, hal ini perlulah ada kesedaran bagi umat Islam khasnya kerana menandakan kemurkaan Allah terhadap hambanya yang lupa kepada penciptanya(Allah s.w.t).

Sejajar dengan hasrat ini juga sambutan Maal Hijrah di surau-surau, masjid atau tempat ilmu perlu di imarahkan agar kita mendapat ganjaran daripada Allah s.w.t. Kita perlulah menjadi mukmin yang senantiasa dikasihi Allah dengan menegakkan Syiar Islam.InsyaAllah sama-samalah kita menanam azam yang baru dalam minda & hati masing-masing.Kesempatan ini juga ingin saya mengucapkan salam Maal Hijrah buat umat Islam khususnya di Malaysia..Barakallahu Fikum..


Sunday, October 25, 2009

Musim Final ExaM...

Selamat Menghadapi peperiksaan akhir semester buat rakan-rakan di seluruh IPT.Semoga memperolehi kejayaan yang cemerlang untuk semester ini..selamat berjihad dalam final exam buat sahabat-sahabatku..InsyaAllah kejayaan bersama kita..

Tuesday, September 29, 2009

10 Seruan Bumi kepada Manusia

Wahai manusia , engkau berlari-lari di atas belakangku , tempat kembalimu adalah di dalam perutku.

Engkau melakukan maksiat di atas belakangku , engkau akan disiksa di dalam perutku.

Engkau ketawa di atas belakangku , engkau akan menangis di dalam perutku.

Engkau gembira di atas belakangku , engkau akan bersedih di dalam perutku.

Engkau mengumpul harta di atas belakangku , engkau akan menyesal di dalam perutku.

Engkau memakan yang haram di atas belakangku , engkau akan di makan ulat-ulat di dalam perutku.

Engkau sombong di atas belakangku , engkau akan menjadi hina di dalam perutku.

Engkau berjalan dalam keadaan sukacita di atas belakangku , engkau akan jatuh di dalam perutku dalam keadaan dukacita.

Engkau berjalan dalam cahaya yang terang di atas belakangku , engkau akan jatuh ke tempat yang gelap di dalam perutku.

Engkau berjalan di khalayak ramai di atas belakangku , engkau akan menjadi sendirian di dalam perutku.

-Anas bin Malik-

Hari Raya ku….

Baru sahaja Ramadhan pergi meninggalkan kita.Syawal pula muncul tiba dengan penuh kemuliaan.Beruntunglah bagi sesiapa dapat melakukan ibadah di dalam bulan ramadhan ini.Allah menjanjikan satu malam (lailatul qadar) yang tak di ketahui bilakah masa penurunannya.SubhanAllah betapa besarnya nikmat kurniaan ilahi.Apakah kita tergolong dalam golongan ini ? InsyaAllah mudah-mudahan kita salah seorang daripadanya.Kita juga harus ingat bahawa ibadah bukan dilakukan bermusim, sebab itulah kita diwajibkan beribadah setiap masa tanpa mengikut bulan dan waktu.Allah akan menilai setiap amalan yg kita lakukan tanpa dibataskan musimnya.

Seperti biasa raya dirumah aku senantiasa ceria dengan riuh rendah anak-anak sedara, jiran tetangga , adik-beradik dan rakan-rakan lama.Daripada raya pertama sehinggalah raya keempat masih ada lagi adik beradik datang mengunjung.Penat sungguh rasanya tapi inilah yang dikatakan amalan ziarah menziarahi yg masih diamalkan oleh sesetengah masyarakat khususnya di kampung-kampung.Masa camnilah nak jumpa kawan-kawan.Kesempatan yg ada juga aku gunakan untuk beraya di rumah guru-guruku yg mana banyak menaburkan bakti semasa dibangku sekolah.Aku harap amalan begini diteruskan oleh generasi sekarang agak tak tenggelam dek zaman.Maklumlah aku pun akan melaluinya Dua tahun lagi..I.Allah..

Suasana hari raya bertambah meriah sekiranya semua keluarga berkumpul, gelak ketawa akan riuh kedengaran tanda lama tidak berjumpa ditambah pula dengan gelagat anak-anak.Aku turut merasainya dengan ziarah-menziarahi rakan taulan dan sanak saudara.Cuti seminggu aku aplikasikan dengan sebaik yg mungkin.heee..tapi assignment pula menanti untuk disiapkan.. Inilah kewajipan sebagai seorang pelajar IPT, kerja mesti dibereskan juga. Banyak lagi rasanya hendak dikongsi tapi cukupla sekadar ini dulu.Selamat hari raya Aidilfitri maaf zahir batin buat rakan-rakan terutama yang berada di perantauan..

Thursday, September 17, 2009

SalaM keMaafaN di Aidilfitri...

SelaMat haRi Raya maaf zahir & Batin buat sahabat-sahabat,teman-teman,guru-guru serta sanak saudara...kemaafan di pinta ats salah silap @ tersalah tutur bicara.Semoga syawal ini mengeratkan kembali hubungan satu sama lain.

Sunday, September 13, 2009

7 Langkah KejayaaN dalam aspek KehidupaN


1) Mengenali Keyakinan diri

2) Taqwa

3) Melonjakkan Ilmu ( pembelajaran secara berterusan)

4) Hidup bermatlamat dan berwawasan

5) Amanah

6) Berfikiran Positif

7) Buat Baik dengan Manusia



Hasil daripada program Ulu langat..