Lebih kurang seminggu lagi umat islam di seluruh pelusuk dunia akan menyambut ketibaan Awal Muharram atau Maal Hijrah.Sejarah Islam telah terbukti melalui peristiwa penghijrahan junjungan Mulia Nabi Muhammad s.a.w dari Kota Makkah ke Kota Madinah pada tahun 622 masihi berlaku pada 1 Muharam dan merupakan permulaan bagi Takwim Hijrah.
Sebagai pelajar kita haruslah mencontohi baginda Rasulullah s.a.w menjadi ikon atau ikutan dalam kehidupan seharian.Pelbagai peristiwa penting yang berlaku dalam penghijrahan Nabi s.a.w.
Syariat Islam menyatakan bahawa sistem kalendar Islam adalah berdasarkan kalendar Hijriyah. Ini berdasarkan firman Allah s.w.t. yang termaktub dalam surat at-Taubah ayat 36 yang bermaksud :
Sesungguhnya bilangan bulan di sisi (hukum) Allah ialah 12 bulan (yang telah ditetapkan) dalam kitab Allah semasa Dia menciptakan langit dan bumi, di antaranya empat bulan yang dihormati. Ketetapan yang demikian itu ialah agama yang betul lurus, maka janganlah bulan yang dihormati itu (dengan melanggar larangan-Nya).
Dan perangilah kaum kafir musyrik seluruhnya sebagaimana mereka memerangi kamu seluruhnya. Dan ketahuilah sesungguhnya Allah beserta orang-orang yang bertakwa.
Firman Allah tersebut dijelaskan oleh sabda Rasulullah s.a.w. yang diriwayatkan oleh Imam al-Bukhari daripada Abu Bakrah yang bermaksud :
Waktu telah kembali kepada keadaannya semula pada saat Allah s.w.t. menciptakan langit dan bumi. (Satu) tahun itu ada dua belas bulan, di antaranya ada empat bulan yang dihormati , tiga bulan berturut-turut iaitu Zulkaedah, Zulhijah, dan Muharam, satu lagi Rejab berada antara bulan Jamadilakhir dan Syaaban. (Riwayat Bukhari).
Oleh yang demikian, tidak hairanlah apabila Khalifah Umar al-Khattab menetapkan peristiwa hijrahnya Nabi Muhammad s.a.w. dengan sahabat-sahabatnya dari kota Mekah ke Madinah sejauh kira-kira 450 km itu sebagai tahun pertama dalam Islam yang dinamakan dengan tahun Hijriyah.
Sejajar dengan hasrat ini juga sambutan Maal Hijrah di surau-surau, masjid atau tempat ilmu perlu di imarahkan agar kita mendapat ganjaran daripada Allah s.w.t. Kita perlulah menjadi mukmin yang senantiasa dikasihi Allah dengan menegakkan Syiar Islam.InsyaAllah sama-samalah kita menanam azam yang baru dalam minda & hati masing-masing.Kesempatan ini juga ingin saya mengucapkan salam Maal Hijrah buat umat Islam khususnya di Malaysia..Barakallahu Fikum..
No comments:
Post a Comment