Kata Aluan...

senyumlah...

senyumlah...

Saturday, February 13, 2010

Hari Kekasih rosakkan akidah golongan muda


Agama tidak galak meniru amalan bukan dari ajaran Islam

SETIAP tahun pada tanggal 14 Februari, media massa akan mula mengiklankan sambutan Hari Valentine atau Hari Kekasih. Pelbagai acara dianjurkan manakala restoran, hotel, kedai bunga dan sebagainya akan mula mempromosi sambutan Hari Valentine di premis perniagaan mereka. Dari manakah asal usulnya sambutan perayaan ini? Jika dicari di internet, kita akan menemui versi cerita yang berbeza-beza dan tidak dapat diketahui kisah sahih.

Namun, secara jelasnya kita dapat melihat Hari Valentine bukan daripada ajaran Islam, sebaliknya ia membawa unsur yang merosakkan akidah dan moral umat Islam, khususnya golongan muda.

Hari Valentine adalah budaya dan perayaan yang dikairkan dengan bukan Islam. Bahkan dalam sebahagian tulisan, dinyatakan ia bidaah yang direka dalam agama Kristian. Dalam sumber lain pula dinyatakan ia berasal daripada kaum Roman kuno dan ditiru oleh pengikut Kristian.

Asasnya di sini, perayaan itu adalah milik bukan Islam, bahkan boleh jadi ia bidaah yang direka dalam ajaran Kristian, sedangkan meniru identiti Ahlul Kitab dilarang, inikan pula meniru bidaah dalam agama mereka.

Dalil mengenai hal ini sangat banyak, antaranya: Rasulullah SAW bersabda: "Siapa menyerupai sesuatu kaum, maka dia sebahagian daripada mereka." (Hadis riayat Abu Daud Ahmad dan lain-lain. Shaikh al-Albani mensahihkannya dalam Sahih Abi Daud)

Rasulullah SAW sangat tegas untuk berbeza daripada identiti orang kafir, hatta dalam bab keduniaan sekalipun.

Shaikh al-Islam al-Imam Ibn Taimiyyah Rahimahullah menyebut wujud kesepakatan (ijmak) mengenai haram meniru orang kafir dalam perayaan mereka.

Tujuan perayaan ini untuk menyuburkan rasa cinta termasuk dengan bukan Islam. Ini jelas bertentangan dengan Islam. Allah SWT berfirman maksudnya: "Kamu tidak akan mendapati kaum yang beriman pada Allah dan hari akhirat, saling berkasih-sayang dengan orang yang menentang Allah dan Rasu-Nya, sekalipun orang itu bapa, anak, saudara atau keluarga mereka" (Al-Mujadilah 58:22)

Kata Ibn Taimiyyah Rahimahullah: "Allah menyatakan kepada kita tiada orang beriman yang akan mengambil orang kafir sebagai teman rapat mereka. Sesiapa yang mengambil orang kafir sebagai teman rapat bukan orang yang beriman. Meniru mereka adalah satu daripada bentuk cinta, maka ia adalah terlarang." (Al-Iqtidha' 1/490)

Cinta dipromosi melalui Hari Valentine adalah kepada bukan mahram. Ia antara jalan yang mendekatkan kepada zina. Kita dapat lihat bagaimana pada 14 Februari, pasangan bukan mahram asyik berdua-duaan, keluar bersama, merayakan di restoran dan hotel.

Semua ini dilakukan atas alasan menzahirkan rasa cinta, sedangkan perlakuan itu hanya layak dilakukan suami atau isteri kepada pasangannya yang halal, bukan kepada mereka yang bukan mahram.

Allah SWT jelas menerangkan kepada kita agar menjauhi hal yang mendekatkan kepada zina. Firmannya: "Dan janganlah kamu mendekati zina, sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji dan yang buruk." (Al Isra' 17: 32)

Berdasarkan hujah yang dikemukakan di atas, ada beberapa kewajipan yang perlu dimainkan umat Islam dalam isu ini iaitu:

l Seorang Muslim tidak boleh menyambutnya atau menyertai orang lain dalam sambutan berkenaan sama ada dengan menghadiri atau membantu mereka yang menyambutnya.

Al-Imam Az-Zahabi menyebutkan: 'Seandainya orang Kristian dan Yahudi mempunyai sesuatu perayaan yang dimiliki mereka, maka tidak boleh seorang Muslim menyertai mereka (di dalam sambutan itu), sebagaimana dia tidak menyertai mereka dalam agama atau arah kiblat solat." (Tasyabbuh al-Khasis bi Ahl al-Khamis)

l Seorang Muslim tidak boleh membantu sama ada umat Islam atau bukan Islam yang menyambutnya. Ini termasuklah menyediakan tempat sambutan, mengiklankan, menjual barangan yang berkaitan seperti kad ucapan, kek dan lain-lain. Ini kerana ia termasuk di dalam membantu mereka melakukan kemungkaran.

Firman Allah SWT: "Bertolong-tolonglah kamu dalam melakukan kebajikan dan takwa dan janganlah kamu bertolong-tolongan dalam perbuatan dosa dan permusuhan." (Al-Maidah 5: 2)

l Seorang Muslim pelu mengingatkan saudara seagama mengenai larangan menyambut Hari Valentine.Ibn Taimiyyah rahimahullah berkata: 'Sebagaimana kita tidak sepatutnya meniru mereka dalam sambutan perayaan, maka kita juga tidak sepatutnya membantu umat Islam yang lain menyambutnya, bahkan dia sepatutnya diperingatkan untuk tidak melakukannya." (Al-Iqtidha 2/519-520)

Merayakan Hari Valentine adalah pengagungan ke atas lagenda cinta yang dikaitkan dengan hari berkenaan. Sudah jelas kepada kita latar belakang sejarahnya, walau daripada versi mana sekalipun, ia berasal orang bukan Islam.

SUMBER : BERITA HARIAN
Sabtu, 13 Februari 2010
Oleh Mohd Masri Mohd Ramli


Thursday, February 11, 2010

Cuti Mid Sem...

Minggu depan merupakan cuti semester bagi mahasiswa mahasiswi IPTA khususnya..Cuti mid sem kali ni pula jatuh pada Tahun Baharu Cina, tiket-tiket bas pula sudah habis terjual terutama pantai timur & Utara.Nasib aku baik sempat juga membeli tiket untuk balik ke kampung halaman yang tercinta.Tapi tu pun kira lewat hari Ahad pulak tu, kemungkinan aku pulang ke kampung lebih kurang 6 hari camtu ja.Alhamdulillah la kira dapat juga aku menjenguk mak ayah dan adik beradik kat kampung.huhu tak sabar rasanya...pas ni tak tahula bila pulak dapat balik, mungkin cuti sem la kot..heeee..

Cuti - cuti jugak, assignment pun boleh tahan banyaknya di tambah pula dengan mid term lepas cuti ni.Hai tak beraya la nampaknya..Aik... beraya juga heee...Balik kampung kali ni banyakla kena bawa kitab bersama mudah-mudahan dapat siapkan kerja dekat rumah.Ni lah hakikat seorang pelajar, jangan mengeluh kuatkan tekad anda.Contohilah Ulama' & para ilmuan Islam, mereka tetap dengan usaha mereka untuk menambahkan ilmu dengan apa cara skalipun demi memartabatkan Islam dan menjadi seorang pendai'e bagi menyedarkan ummah yang semakin hari semakin alpa terhadap penciptanya.

Semoga cuti mid sem ni dapat dimanfaatkan dengan sebaik mungkin di samping tidak lupa tanggungjawab sebagai seorang student & seorang anak kepada kedua ibu bapa.
Selamat Bercuti Buat Sahabat-sahabat...


Wednesday, January 20, 2010

JOM MENGUNDI...

21 JANUARI 2010-HARI PEMILIHAN MPP SESI 2009 / 2010

SEMUA MAHASISWA-MAHASISWI USIM DIWAJIBKAN TURUN KE FAKULTI MASING-MASING UNTUK MENGUNDI.UNDI ANDA PENENTU KEPADA KEPIMPINAN MPP BAGI SESI 2009/2010..SAMA-SAMALAH KITA MENGUNDI ESOK HARI.

BERMULA JAM 9.00 A.M - 5.00 P.M...

BAWA BERSAMA KAD MATRIK..

SALAM TRANSFORMASI...

Saturday, January 16, 2010

CUTI - CUTI MALAYSIA...


Release tension dgn aksi-aksi tersendiri....hehheee...


Rehlah bersama sahabat-sahabat di Air terjun Sungai Gabai Hulu Langat...

Selama 2 jam jgk perjalanan kami termasuk sesat untuk ke sungai gabai nie...sampai ja di sana kena pula panjat tangga yang boleh tahan tingginya.Adala pulak yang pancit di situ.huhu...
Tapi kepenatan mendaki tangga tersebut menjadi kepuasan dan kenangan kepada kami.Masing2 menanti hidangan ayam bakar dengan penuh harapan..Lepas makan ja suma pakat-pakat terjun ke dalam air..fuh... sejuk tak terkata, macam kat kampung aku pulak rasanya.Segala tension2 dan penat semasa perjalanan di ganjari dengan kepuasan yg teramat sangat..
SUBHANALLAH indahnya Ciptaan Allah..

Cuti - cuti Malaysia...Rumah sewaku..

KATA HUKAMAK...

SAHABAT YANG MENUNJUKKAN KEBAIKAN KEPADA KAMU

ADALAH SAHABAT YANG BAIK

DAN SAHABAT YANG MENUNJUKKAN KESALAHAN KAMU

ADALAH SAHABAT YANG PALING BAIK....

Monday, January 11, 2010

SeMesteR BarU

Salam transformasi...Hampir 2 minggu kuliah dan tutorial berlalu..semua madah lecturer dah masuk..bermulalah jihad aku untuk semester ini..Agak berat juga madah sem ni di tambah pula dengan MUET..kalo x dapat band 3 ke atas alamatnya x gradela aku nanti.huhu...How to improve my english?maybe must be a lot exercises..kemugkinan aku akan berdaftar dengan sekolah kot2 la lebih ringan sikit berbanding di Universiti..

Sem ni 21 jam kredit agak banyak juga tapi alhamdulillah dah banyak subjek pendidikan untuk sem ni.lepas ni kenala fikir pasal ROS pula..Hai rupa-rupanya dah x lama aku kat universiti pas ni I.Allah jadi gurula..AMIN..mak ayah, Sahabat2, guru2 doakanlah daku...

Tahun baru azam pun I.Allah baru tapi apa pun aku kenala istiqamah sampai ke akhirnya.Aku mestilah perbaiki kelemahan2 sem lepas terutama kerja2 last minute..fuh..yg ni susah nak tinggal..Why? i dont know..As al nafsika...aku harap adalah perubahan aku sem ni..ingat amanat ayah & ibumu.. semester ni juga ada pelbagai berita sedih yg x dapat aku jangkakan..kami kehilangan kawan, beliau gugur di pertengahan jalan..Inilah yg dikatakan perjuangan.Ayuh sahabat-sahabatku kita bangkit dari lena yg panjang asahkan senjatamu agar dapat teruskan berjuang..hapuskan musuh-musuhmu iaitu nafsu jahatmu..Tingkatkan keimanan & ketakwaanmu, teruskan berjuang.I.Allah Allah sentiasa dengan orang2 beriman.Tak sanggup untuk melihat kawan-kawan yg x sempat sampai ke destinasi..AYuh maju ke hadapan...
Sekadar peringataN...dont be careless..wal asri....

Saturday, December 19, 2009

RAYUAN HAMBA

Ku rebahkan keakuan yang terpaksi
Meredakan kekalutan dalam diri
Tuhan ganjarkan upaya
Untukku menyusuri jalanMu
Agar tak tersasar haluan kiblatku
Oh Tuhan

Ku dambakan kasihMu
Rahmatilah hidupKu
Hamparkan cintaMu buatku
Oh Tuhan

Ku rindukan sayangMu
Redhailah diriku
Di situ letaknya syurgaku
Oh Tuhan

Hanya Dikau tempatku mengadu
Dengarkanlah sendu rayuku
Tiada aku tanpaMu
Oh Tuhan
Berkati hidupku di dunia dan akhirat

Siapalah diriku
Di hadapan kudratMu
Insan yang tidak berdaya
Oh Tuhan

Ku pohonkan dari Mu
Perkenankan doaku
Ampunilah dosa hambaMu
Oh Tuhan
Hingga sampai waktuku berundur

Kesaksian tetap di junjung
Hidup mati kernaMu
Oh Tuhan
Limpahan Maghfirah yang amat ku harapkan…

Lirik Kumpulan FIRDAUS