..BERISTIGHFARLAH.. Daripada Abu Said al-Khudribr.a.., katanya: " aku mendengar Rasulullah bersabda yang bermaksud : ' Iblis berkata pada Tuhannya: 'Demi keperkasaan-Mu dan keagungan-Mu, aku akan selalu menyesatkan anak keturunan Adam selama mana roh masih berada di dalam jasad mereka. 'Allah menjawab : 'Demi perkasaan-ku dan keagungan-ku, aku akan selalu mengampuni mereka selagi mereka meminta ampun kepada-ku."
Kata Aluan...
senyumlah...
Sunday, October 25, 2009
Musim Final ExaM...
Tuesday, September 29, 2009
10 Seruan Bumi kepada Manusia
Wahai manusia , engkau berlari-lari di atas belakangku , tempat kembalimu adalah di dalam perutku.
Engkau melakukan maksiat di atas belakangku , engkau akan disiksa di dalam perutku.
Engkau ketawa di atas belakangku , engkau akan menangis di dalam perutku.
Engkau gembira di atas belakangku , engkau akan bersedih di dalam perutku.
Engkau mengumpul harta di atas belakangku , engkau akan menyesal di dalam perutku.
Engkau memakan yang haram di atas belakangku , engkau akan di makan ulat-ulat di dalam perutku.
Engkau sombong di atas belakangku , engkau akan menjadi hina di dalam perutku.
Engkau berjalan dalam keadaan sukacita di atas belakangku , engkau akan jatuh di dalam perutku dalam keadaan dukacita.
Engkau berjalan dalam cahaya yang terang di atas belakangku , engkau akan jatuh ke tempat yang gelap di dalam perutku.
Engkau berjalan di khalayak ramai di atas belakangku , engkau akan menjadi sendirian di dalam perutku.
-Anas bin Malik-
Hari Raya ku….
Seperti biasa raya dirumah aku senantiasa ceria dengan riuh rendah anak-anak sedara, jiran tetangga , adik-beradik dan rakan-rakan lama.Daripada raya pertama sehinggalah raya keempat masih ada lagi adik beradik datang mengunjung.Penat sungguh rasanya tapi inilah yang dikatakan amalan ziarah menziarahi yg masih diamalkan oleh sesetengah masyarakat khususnya di kampung-kampung.Masa camnilah nak jumpa kawan-kawan.Kesempatan yg ada juga aku gunakan untuk beraya di rumah guru-guruku yg mana banyak menaburkan bakti semasa dibangku sekolah.Aku harap amalan begini diteruskan oleh generasi sekarang agak tak tenggelam dek zaman.Maklumlah aku pun akan melaluinya Dua tahun lagi..I.Allah..
Suasana hari raya bertambah meriah sekiranya semua keluarga berkumpul, gelak ketawa akan riuh kedengaran tanda lama tidak berjumpa ditambah pula dengan gelagat anak-anak.Aku turut merasainya dengan ziarah-menziarahi rakan taulan dan sanak saudara.Cuti seminggu aku aplikasikan dengan sebaik yg mungkin.heee..tapi assignment pula menanti untuk disiapkan.. Inilah kewajipan sebagai seorang pelajar IPT, kerja mesti dibereskan juga. Banyak lagi rasanya hendak dikongsi tapi cukupla sekadar ini dulu.Selamat hari raya Aidilfitri maaf zahir batin buat rakan-rakan terutama yang berada di perantauan..
Thursday, September 17, 2009
SalaM keMaafaN di Aidilfitri...
Sunday, September 13, 2009
7 Langkah KejayaaN dalam aspek KehidupaN
Thursday, September 10, 2009
Peranan Media Massa...
Melalui pembacaan,tontonan dan pendengaran kita akan memperolehi pelbagai input.Namun sebelum tu kita juga kena pastikan berita yang disebarkan itu adakah benar atau hanya rekaan pihak-pihak tertentu saja.Kadang-kadang ada pihak yang inginkan publisiti semata-mata tanpa menghiraukan pihak yang dituduh.Ini adalah satu tipu daya yang akhirnya akan mengakibatkan pergaduhan sesama sendiri.
Sebagai golongan intelektual kita haruslah mempastikan segala berita yang disebarkan adalah betul tanpa menerima secara bulat-bulat.Agama juga ada berpesan bahawa berita yang diterima yang belum tahu kesahihannya perlulah di selidik terlebih dahulu tentang kebenarannya.Perkara ini penting bagi mengelakkan daripada tersebarnya fitnah dan kemarahan sesuatu pihak.Golongan ini perlulah memperbetulkan situasi tersebut.
Resolusinya, sebagai medium yang utama, media haruslah berperanan sebagai penyebar atau saluran yang lebih sahih kebenarannya agar tidak timbul pertelingkahan antara 2 belah pihak..
Azizai Bakeri USIM,Nilai Negeri Sembilan..